Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mingguan Amanz – OnePlus 5T, Samsung Pay, Firefox Quantum

Minggu ini menyaksikan pelancaran telefon pintar terbaru daripada Oneplus, iaitu OnePlus 5T. Ia hadir dengan rekaan nirbingkai dan spesifikasi tinggi. Selain daripada OnePlus, Vivo turut Telah Memperkenalkan variasi peranti selfie baru mereka, iaitu Vivo V7.

Di Malaysia, Lenovo Yoga 920 Star Wars Edition Telah dilancarkan dengan rekaan bertemakan filem Star Wars, serta spesifikasi yang tinggi pada harga RM8888. Disamping itu, Huawei Malaysia telah mula membuka pra-tempahan Huawei Mate 10 Pro pada harga RM3099.

Dalam arena aplikasi, Google telah memperkenalkan rekaan baru untuk Google Maps dengan antaramuka lebih moden, selain Firefox pula hadir dengan pelayar web generasi baru melalui apa yang mereka panggil Firefox Quantum.

Dan akhir sekali, kerajaan negeri Sarawak telah memperkenalkan aplikasi dompet digital mereka tersendiri dinamakan Sarawak Pay – sekaligus mengalakkan lagi transaksi nirtunai di negeri berkenaan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Mingguan Amanz – OnePlus 5T, Samsung Pay, Firefox Quantum

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×