Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rasmi: MyEG Membeli 67% Pegangan Eat Drink KL Pada Nilai RM 1.25 Juta

Pada Khamis minggu lepas, Myeg dikhabarkan dalam perbincangan untuk membeli laman ulasan makanan Eat Drink KL yang menyenaraikan mengenai makanan yang menarik serta lokasinya di sekitar Kuala Lumpur. Laman ini telah beroperasi dari tahun 2009 berdasarkan dari lokasi pertama yang telah diterbitkannya.

Dan pada Jumaat lalu, menerusi pengumuman Bursa Malaysia, MyEG secara rasminya telah membeli 67% pegangan saham pada syarikat yang mengendalikannya iaitu Essential Reviews Sdn Bhd. Pemilikan 67% ini bernilai RM 1.25 Juta ringgit dan sekaligus memberikan kuasa untuk MyEG mengendalikan syarikat ini.

Dengan pelaburan ini, ia sekaligus menguatkan portfolio digital MyEG termasuklah syarikat produksi Hurr TV dan MyMotor.my. Malah, arena digital tempatan dilihat aktif pada bulan ini termasuklah pengambilalihan Rev Asia oleh Media Prima yang bernilai RM 105 Juta.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Rasmi: MyEG Membeli 67% Pegangan Eat Drink KL Pada Nilai RM 1.25 Juta

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×