Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

ALLISON BACKER PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2018/19



Klopp sebenarnya cukup teliti nak hadap krisis penjaga gawang. Dia tahu Karius Memang takkan meningkat naik. Mignolet dah merajuk. Ward pula masih belum menyakinkan. Jadi terpaksa juga paksa FSG keluar belanja besar beli Goli AS Roma/Brazil. Malahan bila dengar Chelsea nak masuk jarum, tiada masa nak nego lambat-lambat, takut sejarah bakal berulang.

Bab harga memang semua orang akui tak masuk akal. Kalau ikut harga pasaran paling tinggi pun setakat £47 Juta bukan £67 Juta yang Liverpool terpaksa pecah tabung. Namun hakikatnya dalam situasi sekarang Klopp hanya nampak Allison bukan Oblak, Clissen ataupun Faizal Marlias. Rasanya Klopp dah kaji kesesuaian Allison berbanding sasaran lain dan juga opsyen sedia ada.

Klopp perlukan penjaga gawang macam Neuer untuk sistem Gegenpress. Punya pantau punya pantau, akhirnya ketemu dengan Goli Brazl ni dalam Liga Itali. Malah dalam perlawanan Roma dengan Liverpool, walauun pasukan Roma kena lauk tetapi Allison tetap main baik. Cuma bek Roma saja yang cari nahas main terlalu keatas dengan trio serangan kita yang bahaya.

Cara main Allison yang dianggap jadi Sweeper atau bek ketiga untuk bantu pertahahan main pertahanan tinggi memang citarasa Kloppo. Malah hantaran dan balingan tepat dan pantas Allison juga sangat terbaik. Ada cakap Klopp jarang nak bagi Karius atau Migno buat camtu. Memang betul, sebab Klopp tahu dengan mereka berdua, kalau takda kemahiran memang kelaut punya merapu jadinya.

Setelah Allison sah jadi peman kita, tetiba Ward yang kononnya dah pintas Karius bakal ja goli utama pula kena jual. Memang Klopp punya akal takkan semua jangka. Namun agak berbaloi juga sebab Leicester sanggup bayar tinggi juga £12 Juta untuk goli yang takda pengalaman itu. Dengan itu sah Karius kekal (belum pasti juga kot) sebagai pembantu Allison untuk belajar dan perbaiki aspek permainan dan bangkit dari kekecewaan lepas. Nasib Migno belum tahu kemungkinan besar dia bakal dijual.
















This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

ALLISON BACKER PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2018/19

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×