Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA JUARA-JUARA : LIVERPOOL LAWAN SEVILLA

Dah boleh kot lupakan mimpi buruk kena ayam dengan City. Adatlah percaturan bukan semua mengena, kadang kala kelaut sekali sekala. Klopp tak mampu berbuat apa-apa sebab ramai pemain balik dari arena antarabangsa lemah lemau. Kadang-kala alasan tu macam alasan lapuk, tetapi sebab selalu sangat lepas balik main dari negara, pancit habis.

Roberton, Gomez dan Lovren terbabit banyak perlawanan berbanding Moreno, Klavan dan Trent. Jadi pilihan tak banyak Klopp terpaksa letak pemain yang mana ada, malah bahagian tengah juga merosot teruk dan kena kecam teruk oleh Klopp sebab tak brutal langsung nak celen pemain tengah City. Sebab tu Klopp perlu ada pemain tengah bertahan dan silap pergi lepas Lucas tanpa pengganti. Ada pengganti tapi musim depan baru dapat.

Karius
Gomez Matip Lovren Robertson
Emre Henderson
Mane Oxy Salah
Firmino

Sevilla pula bukan lawan cap ayam. Pasukan ni dah malukan kita Final Europa musim lepas. Kali ni boleh cakap peluang kita nak balas dendam. Lawan kat Anfield memang peluang cerah, tetapi taktikal berani dan serangan kilat mereka cukup berbahaya kepada bek lemau yang kita ada sekarang. Harap pengurus baru Sevilla, Eduardo Berizzo tak secerdik Sampaoli yang telah belah mengurus Argentina.

Klopp ada cakap Coutinho nak diturunkan, sebab dah tak boleh beri alasan sakit belakang nak mengilat lagi. Kita sentap juga dengan perangai beliau, namun selagi Klopp percaya dengan Kawtimho ni, korang takkan nak kecam Klopp sebab tak kejam dengan perangai buruk Coutinho. Kita ada pilihan dengan Ox kat tengah dan mungkin Sturridge akan main pula bagi Firmino rehat. Klopp takada masalah nak buat penggiliran cuma keserasian mungkin berisiko nak buat permainan jadi serabut.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA JUARA-JUARA : LIVERPOOL LAWAN SEVILLA

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×