Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#BERITA ANGIN ~ Pengurus Kedah Buka Mulut Isu Tan Cheng Hoe Dilamar FAM

KHABAR angin yang mendakwa Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe bakal dilantik sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan bertiup kencang seminggu lalu.

Penerima anugerah jurulatih terbaik musim lalu itu bagaimanapun enggan melayan khabar angin berkenaan kerana baginya persediaan skuad Helang Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia lebih penting.

Berikutan itu mStar Online berjaya menghubungi Pengurus Kedah, Datuk Jefry Low Han Chow untuk mendapatkan reaksi lanjut.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menafikan mengenai khabar angin berkenaan dengan menegaskan ia sebagai tidak benar.

"Tiada apa pun, saya tidak terima apa-apa surat dari FAM ataupun pegawai tertinggi badan induk itu mengenai pencalonan Cheng Hoe sebagai penolong kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Mario Gomez.

"Salah faham ini berlaku kerana gambar yang disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab apabila Cheng Hoe berada Johor Bahru.

"Dia dikatakan telah menghadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk berbincang mengenai jawatan berkenaan.

"Saya harap persoalan mengenai Cheng Hoe akan bersama pasukan Harimau Malaysia dapat dihentikan setakat ini kerana ini adalah berita yang tidak betul dan telah menyusahkan Cheng Hoe dan peminat setia hijau kuning," tegasnya.

Jefry yang mengurus Kedah sejak 2012 merupakan individu yang bertanggungjawab membawa Cheng Hoe ke Stadium Darul Aman setelah jurulatih ketika itu, David Mitchel disingkirkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Beliau memberitahu, Cheng Hoe telah membuktikan kemampuan sebagai jurulatih selepas membimbing Kedah menjuarai Liga Premier pada 2015 dan melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim yang sama.

"Pada 2016, Kedah berjaya menduduki tempat ketiga Liga Super dan menjuarai Piala Malaysia. Pada awal tahun ini kita menang pula saingan Sumbangsih.

"Ini adalah pencapaian yang cemerlang dan kita perlukan Cheng Hoe untuk terus membawa kejayaan pada musim ini.

Sehubungan itu beliau meminta, semua pihak untuk tidak mengganggu fokus pasukan Kedah untuk mengekalkan rekod tanpa kalah serta layak ke perlawanan akhir Piala FA.[mStar]


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#BERITA ANGIN ~ Pengurus Kedah Buka Mulut Isu Tan Cheng Hoe Dilamar FAM

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×