Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Galaxy XCover 5 Dilancarkan – Cip Exynos 850, Ketahanan IP68 Dan Bateri Boleh Ditanggalkan

Sebuah lagi peranti tahan lasak daripada Samsung kini dilancarkan secara rasmi – iaitu Samsung Galaxy Xcover 5. Ia merupakan pengganti kepada Samsung Galaxy Xcover 4 yang dilancarkan sekitar tahun 2017. Binaannya juga dilihat menggabungkan elemen ketahanan dan keselesaan yang memfokuskan kepada kegunaan untuk persekitaran kerja yang lasak.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy Xcover 5 menggunakan paparan bersaiz 5.3-inci TFT LCD dengan resolusi HD+. Ia juga dilengkapi cip Exynos 850 yang dibantu oleh memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Melengkapi peranti juga adalah bateri 3000mAh yang boleh ditanggalkan, kamera utama 16-Megapixel (f/1.8) , kamera swafoto 5-Megapixel (f/2.2) dan ketahanan IP68.

Tidak ketinggalan, ia juga mempunyai pensijilan MMIL-STD810H dan dilengkapi fungsi push-to-talk yang membolehkan pengguna menggunakan peranti pintar ini sebagai walkie-talkie menerusi aplikasi Microsoft Teams.

Spesifikasi lain termasuklah – sokongan NFC, pengecasan 15W, sistem operasi Android 11 dengan ciri keselamatan Knox dan sebagainya. Untuk harga, Samsung Galaxy Xcover 5 dijual pada €290 (~RM1,411) dan terhad untuk beberapa pasaran di Asia, Eropah dan Amerika Latin.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Galaxy XCover 5 Dilancarkan – Cip Exynos 850, Ketahanan IP68 Dan Bateri Boleh Ditanggalkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×