Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Galaxy A02 Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM399

Samsung Malaysia kini dilihat telah membawa masuk satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Samsung Galaxy A02. Untuk makluman, peranti ini adalah berbeza dengan Galaxy A02s yang ditawarkan sebelum ini.

Samsung Galaxy A02 hadir dengan skrin 6.5-inci PLS TFT LCD dengan resolusi HD+, dijana cip MediaTek MT6739W, memori 3GB RAM, dan storan 32GB.

Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan berasaskan mikro-USB.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera utama 13-megapixel yang turut dilengkapkan dengan sensor 2-megapixel makro. Untuk rakaman swafoto pula, ia hadir dengan kamera 5-megapixel.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan telefon berspesifikasi asas ini pada harga RM399 di Malaysia.

Beli : Samsung Galaxy A02



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Galaxy A02 Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM399

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×