Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cip Exynos 990 Pada Samsung Galaxy Note 20 Mungkin Adalah Versi Yang Dipertingkatkan

Sebelum ini, kami pernah berkongsi sebuah artikel yang mengeshakan Samsung Galaxy Note 20 menggunakan pemproses Exynos 990. Ekoran daripada itu, ramai yang menyuarakan kekecewaan berhubung penggunaan cip yang lebih rendah kemampuannya berbanding Snapdragon 865+ untuk Note 20 pasaran Amerika Syarikat.

Rata-rata berpendapat ia sepatutnya hadir dengan penawaran lebih menarik dan cip Eynos 990 adalah pemproses yang sama digunakan pada Siri Samsung Galaxy S20 sebelum ini. Bagaimanapun, terdapat laporan terbaru mengatakan Exynos 990 yang akan disertakan pada siri Samsung Galaxy Note 20 adalah versi yang dinaiktaraf dengan prestasi yang lebih baik.

Ia didakwa setanding dengan prestasi cip Snapdragon 865+. Dalam erti kata mudah, ia diibaratkan seperti Exynos 990+, meskipun ia bukan nama rasmi lagi buat masa ini. Benar ataupun tidak? Kita tunggu pelancaran rasmi pada 5 Ogos ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Cip Exynos 990 Pada Samsung Galaxy Note 20 Mungkin Adalah Versi Yang Dipertingkatkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×