Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sistem GPS Menyambut Ulang Tahun Ke-25

Dengan kemajuan teknologi, kita boleh pergi kemana-mana lokasi sekiranya hanya diberikan lokasi GPS yang tepat menerusi aplikasi pemesejan. Sistem Global Positioning System ini telah menjadi sebahagian kehidupan manusia moden seperti elektrik dan capaian internet. Ramai mungkin tidak tahun sistem GPS hanya beroperasi sepenuhnya pada 27 April 1995 dan kini sudah berusia suku abad.

Sebelum wujudnya sistem GPS, pelbagai sistem seperti menggunakan sextant dan isyarat radio digunakan bagi mengetahui kedudukan sebenar sesebuah kapal di atas permukaan bumi. Pembangunan GPS bermula sejak 1950an bagi mencari sistem mencari kedudukan tepat bagi kegunaan tentera.

Antara sistem awal menggunakan satelit yang ialah Transit untuk tentera laut Amerika Syarikat. Transit diperlukan oleh kapal selam Polaris untuk beroperasi. Sekiranya kedudukan yang tepat diketahui, kapal selam ini boleh melancarkan misil antara benua nuklear untuk menyerang kedudukan musuh di USSR dengan tepat. Dengan lima satelit di angkasa, Transit dapat memberikan lokasi yang tepat sekali setiap jam.

Sistem GPS yang diketahui sekarang dibangunkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DOD) pada tahun 1973 dengan satelit pertama Navstar 1 dilancarkan pada tahun 22 Februari 1978. Seperti kami katakan di awal artikel pada awalnya ia hanya boleh digunakan oleh pihak tentera tetapi insiden pesawat Korean Airlines Flight 007 yang ditembak jatuh pada tahun 1983 mengubah segala-galanya.

Pesawat ditembak jatuh oleh Soviet kerana mencerobohi ruang udara secara tidak sengaja kerana jurumudi pesawat melakukan kesilapan dalam perkiraan lokasi sebenar. Sebanyak 269 nyawa terkorban (termasuk seorang rakyat Malaysia) selepas pesawat penumpang Boeing 747-230B ini ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan Sukhoi Su-15.

Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan kemudian membenarkan sistem GPS digunakan oleh orang awam bagi mengelakkan insiden seperti ini berlaku di masa hadapan. Sungguhpun begitu ketepatan data GPS kegunaan awam dikurangkan berbanding yang boleh diakses tentera. Ini membuka ruang kepada sistem GPS yang kini digunakan oleh kita secara percuma sekarang.

Selepas 25 tahun sistem ini kini mempunyai rangkaian 31 satelit yang merangkumi kesemua permukaan muka bumi. Ia juga bukan satu-satunya sistem menjejak kedudukan sekarang. Rusia membangunkan GLONASS untuk kegunaan sendiri pada tahun 1982, China membangunkan BeiDou pada tahun 2000, Eropah dengan Galileo pada tahun 2011 dan India dengan NavIC pada tahun 2013.  Kesemuanya tidak akan berlaku jika sistem Global Positioning System tidak beroperasi sepenuhnya pada 27 April 1995.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sistem GPS Menyambut Ulang Tahun Ke-25

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×