Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Otohiko – Alat Peredam Bunyi Menghirup Mee Dihasilkan Di Jepun

Dunia semakin global tetapi adab ketika makan masih lagi mempunyai perbezaan budaya yang ketara. Misalnya di Barat adalah dianggap kurang beradab untuk makan dengan bising. Di Jepun menghirup mee dengan kuat dianggap bagus bagi memberikan petanda anda menikmati makanan yang dihidangkan. Bagi mengelakkan pergeseran budaya, Otohiko dihasilkan.

Otohiko ialah peredam Bunyi Menghirup Mee bagi mereka yang tidak biasa dengan budaya Jepun. Ia disambungkan kepada garfu dan ditambat kepada peranti pintar. Apabila ia menangkap bunyi hirupan mee, ia akan mengarahkan peranti untuk menghasilkan bunyi lain yang “meredam” bunyi hirupan.

Alat aneh ini dibangunkan oleh syarikat Nissin yang merupakan pencipta Mee Segera. Sekiranya anda berminat Otohiko dijual pada harga ¥14,800 (~RM 550)  bermula Disember ini. Fakta menarik mengenai mee segera ialah ia dicipta pada tahun 1958 bagi memenuhi keperluan zat penduduk Jepun masih terjejas selepas Perang Dunia Kedua. Selepas hampir 60 tahun, mee segera kini dianggap makanan tidak berzat untuk insan yang kurang berkemampuan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Otohiko – Alat Peredam Bunyi Menghirup Mee Dihasilkan Di Jepun

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×