Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Training Secara Alam Maya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar semua?? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Dari hari isnin sampai jumaat ini noe ada Training kat office. Setiap hari cuma 4 jam sahaja untuk training. Training ni berbayar jadi memang tak boleh langsung nak skip. Kalau menghilangkan diri selama sejam pun sudah tidak melayakkan diri untuk menghadiri training tersebut. Kena tunggu sesi yang seterusnya.


Masuk ke MyRoom

Apa yang noe nak ceritakan dalam ini adalah training secara alam maya (virtual training). Bila kita bekerja dengan global company...yang mempunyai cawangan/client di pelbagai negara....training atau meeting secara alam maya ini memang sudah menjadi kebiasaan. Kalau zaman dulu terpaksa travel jauh-jauh....zaman sekarang tak perlu travel.....cuma perlu berada di hadapan screen komputer...ada line internet...ada phone dan headset...atau ada roundtable device.....masuk ke MyRoom (gambar atas tu)...teknologi memang memudahkan kita. Ianya bukan sahaja menjimatkan kewangan..ianya juga menjimatkan masa. 



Berbalik pada training yang noe attend ni...trainer dari filipina...attendees pulak dari pelbagai negara...ada yang dari Jepun, India, China, Singapore, US .. manakala dari Malaysia 2 orang je. Tak berapa ramai yang join..adalah dalam 17/18 orang jer. Ingatkan bila training secara virtual ini boleh la sambil buat kerja...rupanya tak boleh...sebabnya ada aktiviti. Bila satu2 topik dah habis...akan ada group discussion yang mana setiap group kena buat presentation. setiap orang akan diberi group yang berbeza setiap hari...dan setiap hari group leader akan bertukar. Tak boleh nak curi-curi buat kerja..takut nanti tak faham..bila tak faham...masa discussion dah tak ada idea...




Hari isnin dan selasa...duduk di workstation noe jer...tadi noe masuk bilik sorang2...baru concentrate...nasib baik masuk bilik sebab tadi kena jadi group leader. Bagus buat training macam ini...at least participants boleh concentrate...bila di alam maya...tau je la...sambil training...dalam masa yang sama la kita nak check phone...check email...jadi concentration dalam training tu kurang. Bila macam ni....tak boleh tak participate....so...layan je la...

Noe ada lagi 2 hari...lambat rasanya....


This post first appeared on NOesuhaimi, please read the originial post: here

Share the post

Training Secara Alam Maya

×

Subscribe to Noesuhaimi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×