Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lima Cara Troubleshoot Mplus Online Apps

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya akan kongsikan dengan Korang tentang Lima Cara Troubleshoot mplus online apps. Tapi tak kesah pun sebenarnya untuk Mplus Global pun boleh diguna pakai. Hatta untuk semua jenis apps phone la, semua boleh dipakai. Biasalah kalau benda-benda software ni kadang-kadang dia akan ada glitch yang pelik-pelik dan tak normal.

Contoh-Contoh Glitch Dalam Apps Mplus Onlines Apps atau Global.

  1. Button Buy Sell Tak Ada
  2. Button Add Favorite Hilang
  3. News Feed dalam Mplus Global tak muncul
  4. Tak ada butang untuk Deposit Withdraw

So sebelum korang call customer service diorang, bagi korang buat dulu basic troubleshooting. Jimat duit dan masa serta lagi cepat resultnya.

Reset Connection

Kadang-kadang ia terkait dengan internet korang. Lagi- lagi yang pakai Wifi Office atau Public sebab mungkin ada IP Address yang diorang block menyebabkan korang cuma boleh akses sebahagian atau tak boleh akses langsung. Untuk yang pakai Wifi Office atau Public korang kena tukar dulu kepada connection korang sendiri contohnya Wifi rumah korang ataupun Mobile Data.

Tekan flight mode dekat gambar kapal terbang

Kalau guna Wifi, korang On Off Router sahaja. Off dahulu sekitar 15 saat, kemudian On semula dan tunggu sehingga connection internet kembali pulih. Teknik ini dinamakan sebagai Power Cycle. Mungkin sebab dah banyak sangat cache dalam router tu, dia ada terblock apa-apa IP secara tak sedar. Untuk yang guna Mobile Data pulak, korang on kan dulu Flight Mode, tunggu dalam seminit dan off kan semula. Tunggu sehingga signal kembali pulih

Logout and Relogin

Lepas reset, cuba logout dan relogin balik. Biasanya jika masalah tu masalah simple benda dah settle dah. So, try dulu. Bila tak berjaya baru kita akan menuju kepada step yang seterusnya.

Clear Cache atau Erase All Data

Korang dah relogin tapi fail? Takpe, test dulu untuk clear cache. Ini masing2 kena tengok handphone sendiri la sebab macam-macam model kan. Tapi untuk android user, pergi sahaja kepada Apps Management, cari Mplus Online atau Global Apps, tap pada skrin dan tekan clear cache kemudian erase all data. Dah buat semua cara, try login balik.

Update / Uninstall

Masih lagi bermasalah, fuh geram pulak rasanya kan. Kemungkinan ada data yang dah corrupt dalam apps tu ataupun ada update terbaru dari pihak Mplus terhadap apps mereka. Cuba untuk uninstall dulu, kemudian reinstall. Boleh cari dalam Google Playstore ataupun Apple Store.

Call Customer Service

Bila korang dah buat semua cara diatas tapi masih problem, kebarangkalian besar masalah berlaku pada apps tu sendiri. Terpaksa la korang untuk call customer service untuk setelkan. Tapi korang jangan expect benda tu dapat disetelkan dalam masa yang cepat sebab bila benda yang melibatkan semua pengguna ia akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

Kesimpulan

So, korang dah taukan lima Cara Troubleshoot Mplus Online apps kan? Mostly kebanyakan masalah akan setel cuma bila ada big issue barulah refer kepada pihak Mplus. Macam aku tak kesah asalkan butang buy sell tu berfungsi, lain-lain tu tak ada masalah. Tapi kalau tak boleh buy sell kat apps, aku akan cuba dekat website platform lak. Andainya memang masalah tu masalah besar, aku akan call untuk remisier tolong sell atau buykan stock yang aku nak tu.

Alhamdulillah

The post Lima Cara Troubleshoot Mplus Online Apps first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Lima Cara Troubleshoot Mplus Online Apps

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×