Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

BAGAIMANA ELAK DARI DISAMAN MALU? PANDUAN SINGKAT MENGENAI FITNAH MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA


Di era teknologi dan media sosial yang serba canggih ini, sesiapa sahaja boleh terperangkap dalam masalah undang-undang terutama apabila berhubung dengan tuduhan fitnah. 

Berikut adalah cara-cara yang boleh menyebabkan anda disaman malu dan bagaimana untuk mengelak daripada terperangkap dalam situasi tersebut.

1. Mengeluarkan Kenyataan Berunsur Fitnah di Media Sosial

Jangan mudah menulis atau memuat naik kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah atau mempunyai tuduhan-tuduhan yang tidak benar, yang palsu mahupun yang tidak dapat dipastikan secara 100% adalah benar di Facebook, Twitter, Instagram atau Whatsapp. 

2. Menulis Komen atau Ulasan Yang Berunsur Fitnah

Hati-hati dengan apa yang anda tulis dalam ruangan komen atau ulasan di media sosial. Komen atau ulasan yang berunsur fitnah, palsu atau tidak benar boleh membawa anda ke Mahkamah, lebih-lebih lagi tuduhan melibatkan peribadi atau kredibiliti seseorang.

3. Membiarkan Komen atau Ulasan Berunsur Fitnah

Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku di laman media sosial anda. Jangan biarkan komen-komen atau ulasan-ulasan daripada pihak ketiga yang mempunyai unsur fitnah dan tuduhan. Anda boleh diseret ke Mahkamah disebabkan oleh hasil penulisan orang lain. Sentiasa pantau bahagian komen atau ulasan.

4. Berkongsi Kenyataan Berbentuk Fitnah

Jangan sekali-kali berkongsi kenyataan yang berbentuk fitnah atau yang anda tidak pasti kesahihannya melalui Repost, Retweet, Share atau Forward tanpa menyemak kebenarannya terlebih dahulu. Anda bertanggungjawab di atas sebaran yang anda kongsi.

KESIMPULAN

Berwaspada dan berhati-hati dalam berkomunikasi di media sosial. Jangan terbawa emosi Atau terpengaruh dengan apa yang orang lain tulis. Semak dahulu sebelum berkongsi. Ingat, sekiranya anda disaman malu, alasan tidak tahu tidak akan diterima. Tanggungjawab menyemak adalah tanggungjawab anda.

_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.



This post first appeared on Legal, please read the originial post: here

Share the post

BAGAIMANA ELAK DARI DISAMAN MALU? PANDUAN SINGKAT MENGENAI FITNAH MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA

×

Subscribe to Legal

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×