Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sambutan Hari Jadi Dalam Suasana Diterangi Bintang Satu Kenangan Terindah Di ATSKY

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Siapa sini yang hari jadinya jatuh pada bulan Ogos. Maha punya bulan ulang tahun dah lepas bulan Julai hehehehe. Kalau korang ada plang untuk buat sambutan hari jadi sendiri atau meraikan insan tersayang Maha ada satu lokasi paling rare dan sangat sesuai.

Tak main lah buat kat restoran fast food biasa ni hehehe kali ni apa kata buat yang istimewa di bawah terang bulan dan kelipan bintang beterbaran dilangit. Wahh dah macam ayat dalam novel cinta pulakka wakakakka. Tapi betul tempat ni memang menarik memberikan kita satu persepsi yang sangat memori dalam diri. Orang yang nak dating atau sambut anniversary ulang tahun perkahwinan pun boleh buat kat sini juga. 



Tempat yang Maha maksudkan itu adalah ATSKY yang terletak di Roof Garden Dataran Cascade Kota Damansara bersebelahan dengan pasaraya Gaint Kota Damansara. Ini bukan tempat makan kat dataran tu ia adalah lokasi restoran makan di atas bangunan 3 tingkat berpanoramakan pemandangan sekitar KL. Maha sendiri pertama kali sampai sini sebab tempat ni pun baru sahaja beroperasi selepas PKP hari tu. 



Kat sini ada banyak tempat kalau korang nak yang berhawa dingin dan tertutup sikit boleh masuk kat bahagian utama ATSKY ni. Sini macam bar dan restoran lah. Tapi kalau korang nak yang suasana ada bulan dan bintang serta angin sepoi-sepoi bahasa boleh pilih ruangan yang terbuka ni. Kat sini boleh muatkan lebih kurang dalam 100 orang tetamu tak silap Maha.


Konsep kat sini adalah makanan western dengan harga mampu milik dan sedap. Kalau sesetengah kedai tu buat makanan barat ni murah tapi rasa entah kemana tapi kat sini Maha jamin sedap sebab Maha dah cuba sendiri. Menu menjadi signature mereka di sini adalah YOUYU Beef Steak. Ia mempunyai rasa sebanding daging Wagyu iaitu daging paling bernilai di dunia namun harga yang di tawarkan adalah 5 kali ganda lebih murah. Tengok sendiri harga pada poster tu mana nak dapat tempat lain hehehe korang yang memang suka kena cuba.  



Selain itu juga banyak lagi menu lain yang menarik ada kat sini Chicken Chop, Chicken Cordon Blue, Fish & Chips, Lamb Chop and Tenderlion Slice Steak. Kalau yang suka pasta atau spaghetti pun ada kat sini macam Spaghetti Bolognese, Spaghetti Meatball Bolognese, Spaghetti Carbonara, Spaghetti Seafood Aglio Olio dan Lasagna. Side menu yang boleh digandingkan dengan juadah barat ni korang boleh plih pelbagai variasi Pizza dan juga ada Chicken Wings.




Tapi biasalah orang Malaysia ni kalau tak dapat makan nasi susah jugakan. Jangan risau kat sini pun ada juga menu berasaskan Oriental Cuisine. Buttermilk Chicken or Beef, Kung Pow Chicken or Beef, Sweet Sour Chicken or Beef, Blackpepper Chicken or Beef dan BBQ Chicken or Beef. Semua ni di datangkan dengan nasi putih dan sikit salad. Kalau sebut minuman kat sini ada macam-macam daripada Mocktails, Smoothies dan juga Jus Buah-buahan. Jangan risau semua makanan sini dijamin Halal. 

Sambil korang makan-makan kat situ layan feeling dengan yang tersayang korang juga akan dihuburkan dengan persembahan kumpulan buskers Cakial & Friends setiap hari pada waktu malam sahaja. Tapi siapa yang pandai menyanyi dan minat berkaraoker mereka juga menyediakan set karaoke untuk mengasah bakat menyanyi wakakakaka. 

ATSKY ini buka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 malam semasa tempoh PKPP dan operasi akan di lanjutkan hingga jam 2 pagi selepas kebenaran di berikan oleh kerajaan kemudian nanti ok. Apa pun Maha nasihatkan korang nak datang sini boking awal kerana selalu kat sini penuh ramai orang. Tapi masih mengamalkan SOP yang ditetapkan kerajaan dan juga penjarakan fizikal jangan risau. Kalau nak walk-in boleh tapi kena tunggu ada meja kosong baru boleh dapat duduk. Itu nasihat Maha sebab masa datang hari tu memang pelanggan ramai dan tempat meriah. 

So lepas ni adalah satu lagi pilihan tempat untuk korang nak buat sambutan hari jadi atau ulang tahun perkahwinan kat lokasi menarik dan cantik ni. Mana tahu ada yang nak buat majlis perkahwinan atau pertunangan pun boleh memang sesuai. Maha dan pergi korang bila lagi nanti kalau dah sampai sini boleh tinggal komen dan pendapat korang pulak terhadap tempat ni ok. Selamat mencuba semua.

Info dan maklumat lanjut ATSKY boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/atskydamansara
Instagram : https://www.instagram.com/atskydamansara
Alamat : ATSKY
               A-3A-8 & Roof Garden, Dataran Cascade, 
               Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 
               PJU 5 47810 Petaling Jaya,











This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Sambutan Hari Jadi Dalam Suasana Diterangi Bintang Satu Kenangan Terindah Di ATSKY

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×