Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Resepi Rahsia Mee Goreng Malaysia Yang Enak Dan Lazat Innni Rupanya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kadang-kadang kita tak tahu yang makanan biasa kita masak dirumah boleh jadi luar biasa. Hanya dengan satu sentuhan ajaib. Tak adalah yang penting kita tahu bahan yang boleh menambahkan kesedapannya. Sebab itu sekarang ni kalau Maha masak kat dapur akan menggunakan Perencah Innni. 

Sebelum ni Maha tak tahu pun tentang Perencah Innni sebab selalu menggunakan bahan MSG. Kita tahukan yang kalau mengambil MSG dengan kerap boleh mendatangkan penyakit lain pula. Tapi kini dengan Perencah Innni tanpa MSG dan juga menyedapkan rasa makanan. Perencah ni adalah daripada ramuan turun temurun rempah dapur Istana. 

Tak silap Maha pengasas kepada produk Innni adalah Allahyarham Pak Ungku sejak dari tahun 1986. Pengalaman beliau memasak di dapur istana kini dibawa kepada rakyat jelata untuk menikmati keenakan masakan. Ia dalam bentuk serbuk yang menggunakan bahan semulajadi seperti bawang, serbuk lada, tepung dan menjadikan ikan bilis sebagai bahan perisa. Jadi kalau korang letak banyak pun tak ada masalah menjadikan makanan lebih sedap.

Kawan yang rekemenkan pasal perencah ni kat Maha jadi cuba sekali dalam resipi yang selalu Maha masak kat rumah iaitu Mee Goreng Malaysia. Kenapa nama mee goreng ini macam tu kerana ia menggabungkan semua budaya masyarakat di Malaysia hehehehe. Jadi Maha nak share ngan korang cara memasak mee goreng ini. Bahan-bahan yang digunakan pun biasa sahaja cuma yang menjadi ia luar biasa adalah Perencah Innni.

Bahan-bahan memasak :
1 pek NuMee 
1 biji Bawang Besar (ditumbuk)
3 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 inchi Halia (ditumbuk)
2 sudu Cili Kering (dikisar)
3 sudu Kicap Lemak 
3 sudu Sos Cili
500 gram Udang
10 biji Bebola Ikan
1 ikat Sawi
100 gram Kubis
1 biji Tomato
1 biji Telur
2 sudu Innni Multi-Purpose Seasoning

Bahan hiasan:
1 batang Cili Merah (potong kecil)
1 batang Daun Sup (potong halus)

Cara nak masak mee goreng ni lain sikit sebab ia ikut cara yang Maha belajar dari arwah nenek. Korang boleh tonton video ini sampai habis ok.


Jadi korang rasa senang tak cara nak buat Mee Goreng Malaysia ini. Arwah nenek Maha yang ajar masa hayat beliau dengan mencampurkan kicap dan sos sekali tapi masa tu tiada perencah Innni jadi beliau masukan garam dan gula siap-siap dalam sos tu. Sekarang ni tak perlu nak masuk garam dan gula kerana dalam perencah Innni ada semua perasa siap. Ia mempercepatkan lagi proses nak menyediakan masakan korang dan paling penting adalah ia menyedapkan lagi makanan.

Selain daripada Perencah Innni ada juga satu lagi produk keluaran mereka iaitu Perencah Goreng & Panggang. Perencah ini pula adalah digunakan untuk menggoreng atau memanggang ayam, daging, udang, sotong, ikan, tempe dan macam-macam lagi. Caranya mudah hanya perapkan perencah ini dengan bahan utama selema sejam atau lebih dan boleh terus goreng atau juga panggang dah siap.
*Gambar sekadar hiasan

Perencah ni telah mendapat persijilan Halal dari JAKIM dan juga persijilan MESTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia. So boleh lah guna tanpa was-was dan yakin produk bumiputera ini. Mana nak beli perencah ni? Hari tu Maha beli kat Agrobazaar. Harga pula hanya RM5.50 untuk Innni Multi-Purpose Seasoning dan RM5.50 untuk Perencah Goreng & Panggang. Jadi tunggu apa lagi dapatkanlah sekarang juga ok. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan juga pertanyaan boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/perencahinni.perencahini.1
Instagram : https://www.instagram.com/perencahinni
Tel : 019-2870474
        03-61889864










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Resepi Rahsia Mee Goreng Malaysia Yang Enak Dan Lazat Innni Rupanya

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×