Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Theme Park Hotel Bilik Penginapan Sesuai Untuk Jumlah Ramai Di Puncak Genting Highlands

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak lama lagi Genting Highlands ni bakal meriah apabila bukanya taman teman luar mereka yang sekarang ni tengah rancak dalam pembinaan. Tak silap tahun depan dah mula buka dan pasti ramai yang plan nak merasai kehebatan taman tema baru tu. Tapi kalau korang nak menginap kat puncak sejuk tu Maha ada satu hotel yang sesuai untuk jumlah rombongan yang ramai.



Hotel yang Maha maksudkan adalah Theme Park Hotel yang terletak betul-betul depan pintu masuk ke taman teman luar Genting Highlands. Kalau korang nak duduk sini memang sangat sesuai untuk masuk ke taman tema ini. Cuma nak ingatkan parking tak ada kat hotel tu kalau nak korang kena parking kat hotel Genting Grand. Kemudian kena jalan kaki keluar untuk ke hotel ini agak jauh sikit lah.




Kalau yang datang naik Genting Skyway atau public transport lain seperti bas akan berhenti kat Skyavenue Resort World memang kena jalan kaki ke hotel ni kena seberang jalan utama. Sekarang lobi hotel ni pun dah cantik dan berwajah baru. Kalau korang masuk kat lobi ni boleh nampak ada replika pokok dan tumbuhan yang melambangkan alam semulajadi. Kat lobi ni pun lebih mesra kanak-kanak kerana ada permainan jadi sambil tunggu waktu untuk check in boleh anak-anak bermain.



Maha masa berada kat Genting Highlands sebab ada acara memperkenalkan Lipton Nitro Tea dan juga Redtail Karaoke memang Maha menginap kat hotel ni. Bagi Maha hotel ni sangat selesa dan luas sebab ia adalah hotel yang sesuai untuk mereka yang datang dengan jumlah ramai lebih dari dua orang. Kalau keluarga yang ada tiga hingga enam orang sangat sesuai untuk menginap kat hotel ini.




Hari tu masa Maha datang duduk kat bilik Quads yang mana bilik tu ada dua katil queen yang boleh muatkan sehingga empat orang. Bilik besar dan sangat selesa lepas tu pulak mengadap kawasan luar dengan pemandangan hijau semulajadi. Siap ada balkoni dimana waktu pagi korang kena duduk kat balkoni ni sambil sarapan pagi boleh melihat kabus yang tebal kalau bernasib baik boleh nampak matahari terbit.




Bilik yang Maha duduk tu ada reka bentuk yang menarik dengan design kartun yang menarik. Dalam bilik tu semua kemudahan ada dengan televisyen LCD satelit, bilik mandi bersambung dengan pancuran mandian air panas, kemudahan teh & kopi, kipas siling, mini peti sejuk dan akses internet wifi percuma. Pastu kat sini konsep almari terbuka korang boleh sangkut pakaian kat penyangkut yang disediakan. Cuma kat bawah katil tu ada ruang khas untuk korang nak simpan beg atau barang-barang supaya tidak bersepah.






Best lah memang sesuai sangat yang datang dengan kawan-kawan satu kereta boleh duduk sini. Jadi harga lagi murah sebab korang boleh kongsi empat orang. Cuma nak ingatkan pada korang yang hotel ini ada dua blok banggunan yang mana ada block Main dan block Valley Wing. Yang Valley Wing ni agak jauh sikit korang kena seberang jambatan yang menguhubungkan dua blok. Unik kat hotel ni kalau korang nak tengok no bilik tak ada tulis kat pintu atau tepi pintu tau ia ada tulis kat bahagian bawah pintu kena tengok bawah baru nampak no bilik hehehe.



Selain dari bilik untuk empat orang kat hotel ini ada juga bilik yang mampu memuatkan sehingga enam orang. Bilik Sixers ini mempunyai tiga katil bersaiz queen di ruang seluas 300 kaki persegi, sesuai untuk keluarga atau kumpulan kawan yang ramai dan suka tinggal bersama dalam satu bilik. Dalam tu ada dua katil kat bawah dan satu katil bertingkat. Kelengkapan dalam bilik ni sama juga dengan bilik lain cuma jumlah lebih ramai boleh muat.




Satu lagi bilik kat sini ada special punya untuk pasangan yang nak berbulan madu dan merasai duduk bilik mewah. Ia adalah Honeymoon Suite. Korang boleh tengok kat ruang tamu ada tab mandi lagi tau boleh mandi sambil tengok tv. Kemudian bilik mereka lebih besar dan sangat luas. Bestlah kalau datang bulan madu sepuas-puanya.





Kalau korang nak sarapan kat lobi hotel ini ada Eatopia kafe yang menyediakan makanan seperti roti termasuk pastri, sandwic, makanan mart, dan Nasi Lemak. Tapi korang tak perlu risau dah ada kat Genting ni korang boleh sarapan seawal pagi kat kedai-kedai yang ada kat mall tapi kena keluar jalan sikitlah.


So rasa hotel ni sangat sesuai untuk korang nak merancang percutian kat puncak tinggi ini. Bagi Maha kalau nak datang dengan keluarga atau kawan-kawan ramai boleh lah booking bilik-bilik yang besar dan selesa ini. Waktu untuk check in hotel ni pukul 3.00 petang dan check out pula pukul 12.00 tengah hari. Cuma korang kena sediakan RM200 untuk deposit semasa check in hotel ni tau. Kalau nak beristirahat kat Genting Highlands Maha memang cadangkan sangat hotel ini. Maha bagi 4 bintang pada hotel ni best selesa cuma jauh sikit kena banyak berjalan.

Maklumat lanjut layari :
Laman web : https://www.rwgenting.com/accommodation/hotels/Theme-Park-Hotel
Facebook : https://www.facebook.com/themeparkhotelgenting
Tel :  +603 2718 1118 









This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Theme Park Hotel Bilik Penginapan Sesuai Untuk Jumlah Ramai Di Puncak Genting Highlands

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×