Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ameera Khan Tidak Ambil Peduli Tuduhan Berjudi Lumba Kuda

PUTRAJAYA – “Fikirlah apa yang anda nak fikir daripada perkongsian saya”.

Demikian penjelasan pensohor media sosial, Nur Ameera Khan yang juga adik kepada hos popular, Neelofa mengenai dakwaan Berjudi Lumba Kuda di luar negara.

Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan selesa memberi jawapan pendek selepas namanya kembali tular apabila Memuat Naik Foto menghadiri sebuah acara lumba kuda sewaktu berada di luar negara baru-baru ini.

Akuinya lagi, individu lain boleh memberi sebarang tanggapan hanya bersandarkan hantaran yang dimuatnaik dalam laman sosialnya.

“Pilihan saya adalah berkongsi (status). Apa sahaja yang anda mahu ambil daripada perkongsian itu, terpulang.

“Apa yang saya kongsi dalam Instagram (IG) untuk anda lihat, itu sahaja.

“Kerja saya hanya untuk berkongsi. Saya tidak kisah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi kolaborasi Disney x Naelofar, di sini, hari ini.

Sementara itu, ibunya, Datin Noor Kartini yang hadir pada majlis sama turut mempertahankan anaknya daripada tuduhan liar tersebut.

Noor Kartini berkata, dia berbangga anak-anaknya tidak mempunyai masalah sosial mahu pun pernah menjejakkan kaki ke tempat yang tidak baik.

“Kita kena faham acara dan tempat perjudian itu berbeza. Apa yang Ameera bawa, sebenarnya beg jenama mewah. Kita kena tahu sejarah di sebalik sesebuah jenama itu.

“Kadang-kadang rasa geram sebab macam mereka tidak faham fesyen, jenama dan sejarah di sebalik barangan berkenaan.

“Alhamdulillah, tiada siapa boleh lihat anak-anak saya ada di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha, vape dan lain-lain.

“Itu yang buat mama boleh rasa bangga. Allah pelihara dan tiada dalam keturunan kami yang pergi ke tempat perjudian dan lakukan perbuatan seperti yang didakwa.

“Kami tak pernah jejak kaki pun ke tempat perjudian.

“Kalau nak cakap fasal lain, saya rasa semua orang melalui fasa tersendiri seperti pada usia remaja, dewasa dan matang. Ada perubahan dalam kehidupan, tiada orang yang keluar terus sempurna.

“Kita pun kenal siapa keluarga, tahu anak kita siapa,” katanya lagi.

Terdahulu, ramai melemparkan kata-kata negatif susulan tindakan Ameera memuat naik foto sedang memegang tiket dengan kapsyen meletakkan pertaruhan. 

Sumber: Kosmo

The post Ameera Khan Tidak Ambil Peduli Tuduhan Berjudi Lumba Kuda first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Ameera Khan Tidak Ambil Peduli Tuduhan Berjudi Lumba Kuda

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×