Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tidak Cukup Duit Nak Kahwin, Rider Sanggup Buat Laporan Palsu Disamun

SEREMBAN – Seorang penghantar makanan tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa disamun semata-mata ingin menangguhkan perkahwinan dalam kejadian di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 22 tahun itu berbuat demikian selepas memgalami masalah kewangan berikutan tidak mempunyai wang mencukupi.

“Laporan Palsu Itu Dibuat oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar makananan mendakwa telah disamun empat lelaki dan telah kehilangan wang tunai RM9,000 serta kad pengenalan dalam kejadian berhampiran sebuah kuil di Rantau di sini.

“Berdasarkan hasil soal siasat, lelaki itu sebenarnya ingin menangguhkan majlis perkahwinan kerana duitnya tidak mencukupi. Bagaimanapun, semakan rekod lampau mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Arifai berkata, dalam kejadian berasingan, laporan palsu kedua dibuat seorang kontraktor pada pukul 8.47 malam mendakwa disamun dua lelaki di hadapan Food Court Permai Seremban, di sini semalam.

“Lelaki berusia 39 tahun itu mendakwa kehilangan barangan berharga dan kad pengenalan. Namun, hasil siasatan mendapati kejadian itu tidak pernah berlaku.

“Laporan palsu itu dibuat dengan alasan supaya dia dapat membuat kad pengenalan baharu tanpa membayar sebarang denda,” katanya.

Jelas Arifai, hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai empat kes kehilangan kad pengenalan sebelum ini dan mempunyai rekod dadah.

“Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman maksimun enam bulan penjara atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber: Kosmo

The post Tidak Cukup Duit Nak Kahwin, Rider Sanggup Buat Laporan Palsu Disamun first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Tidak Cukup Duit Nak Kahwin, Rider Sanggup Buat Laporan Palsu Disamun

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×