Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Taslim Cipta Sejarah Tersendiri, Diiktiraf Sebagai Seorang Dari Lima Pelumba BMX Terbaik Asia

PETALING JAYA – Jaguh BMX negara, Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Raziff mencipta sejarah tersendiri apabila muncul lima pelumba Terbaik Asia dalam Kejohanan Berbasikal Dunia 2023 di Glasgow, Scotland semalam.

Biarpun gagal melepasi pusingan kelayakan, Taslim atau lebih dikenali sebagai Botak menduduki tempat ke-25 daripada 36 peserta dalam acara BMX Freestyle Flatland dengan mengumpul 60.33 mata keseluruhan untuk menempatkan diri antara lima pelumba terbaik Asia.

Lebih membanggakan, dia merupakan satu-satunya pelumba dari rantau Asia Tenggara yang menyertai saingan itu.

Taslim turut mencipta pencapaian peribadi dengan mengetepikan 11 peserta lain yang pernah bergelar pelumba profesional antaranya dari Amerika Syarikat, Britain dan Kanada.

“Sukar dijelaskan perasaan saya. Inilah kali pertama saya berpeluang menyertai Kejohanan Berbasikal BMX Freestyle Flatland Sedunia. Pencapaian yang sangat hebat.

“Saya bangga kerana menduduki tempat ke-25 dan No. 5 terbaik dari Asia. Ada empat lagi pelumba Jepun yang berjaya melayakkan diri ke pusingan kelayakan, antaranya Kio Hayakawa dan Yu Shoji.

“Berpeluang beraksi bersama pelumba terbaik dunia dan Asia di sini telah memberi saya satu dimensi baharu kepada bentuk persembahan pada masa akan datang. Secara keseluruhan , saya berpuas hati dengan penampilan sulung ini,” katanya.

Bulan lalu, Botakmenyertai Kejohanan BMX Racing dan Freestyle Asia 2023 (ACC BMX 2023) di Tagaytay City BMX Park, Manila, Filipina sebagai persiapan untuknya sebelum menyertai Kejohanan Dunia.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab memuji usaha Botak dengan menyertai pelbagai kejohanan di samping akan terus menyokongnya untuk Membawa Pulang Pingat.

“Harapan saya, Taslim akan terus berusaha untuk menyertai kejohanan besar dan membawa pulang pingat. Kami akan sentiasa membantunya,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

The post Taslim Cipta Sejarah Tersendiri, Diiktiraf Sebagai Seorang Dari Lima Pelumba BMX Terbaik Asia first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Taslim Cipta Sejarah Tersendiri, Diiktiraf Sebagai Seorang Dari Lima Pelumba BMX Terbaik Asia

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×