Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Najib Mohon Batal Dakwaan Pecah Amanah RM6.6 Bilion

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Kedua-duanya didakwa pada 2018 atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima permohonan Datuk Seri Najib minggu lepas.

“Pihak Peguam Negara memerlukan masa untuk menyemak permohonan itu, kerana ia sama seperti permohonan Irwan sebelum ini.

“Justeru, kami memohon mahkamah menetapkan tarikh lain bagi pengurusan kes berhubung perkara ini,” katanya di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib dan peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Tan Sri Mohd Irwan memohon satu tarikh dalam tempoh masa sebulan.

Hakim Muhammad Jamil menetapkan 12 September depan untuk pengurusan kes.

Datuk Seri Najib mengemukakan representasinya dua tahun lepas tetapi ditolak manakala representasi dihantar Tan Sri Mohd Irwan pada 2020 tidak dijawab AGC, sehubungan itu Mohd Irwan menghantar permohonan representasi baharu pada Mac lepas.

Pada 24 Okt 2018, Datuk Seri Najib, 70, dan Tan Sri Mohd Irwan, 66, mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

The post Najib Mohon Batal Dakwaan Pecah Amanah RM6.6 Bilion first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Najib Mohon Batal Dakwaan Pecah Amanah RM6.6 Bilion

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×