Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kakitangan IPTA Rugi RM118,767 Terpedaya Sindiket Kerja Sambilan

KUANTAN – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang telah menerima aduan mengenai satu kes penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian membabitkan seorang Mangsa wanita yang mengalami kerugian sebanyak RM 118,767.49.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pada 23hb Julai 2023 berkata, mangsa yang juga kakitangan sebuah IPTA mengenali suspek, seorang wanita di aplikasi Instagram.

“Suspek telah mempamerkan satu tugasan yang tidak dapat diselesaikan dan menawarkan kepada mangsa untuk menyelesaikan tugasan tersebut serta berhubung dengan nombor telefon yang diberi untuk mendapatkan bayaran yang lumayan. Setelah berbincang dalam talian bersama suspek, mangsa telah berminat dengan tawaran kerja tersebut iaitu mangsa diberikan satu pautan di mana barangan berkenaan perlu ditangkap layar dan hantar kepada suspek.

“Mangsa juga diminta membuat pemindahan wang mengikut harga barang yang ditangkap layar untuk menebus keuntungan. Kemudian mangsa telah membuat dua tugasan yang diberikan oleh suspek dan mendapatkan keuntungan sebanyak RM47,” katanya.

Datuk Seri Yahaya berkata, dengan keuntungan tersebut mangsa mula percaya dengan suspek dan telah membuat 20 kali pindahan wang ke 11 akaun bank yang berlainan.

Mangsa dilaporkan menggunakan wang daripada duit simpanan mangsa, pinjaman rakan dan pinjaman bank untuk membuat transaksi tersebut.

Tambah beliau, Polis Kontinjen Pahang menasihatkan serta menegaskan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Masyarakat bagaimanapun perlu mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat yang ditawarkan dan diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,”katanya.

The post Kakitangan Ipta Rugi RM118,767 Terpedaya Sindiket Kerja Sambilan first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Kakitangan IPTA Rugi RM118,767 Terpedaya Sindiket Kerja Sambilan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×