Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Datuk Seri tipu Fizz Fairuz sudah ditahan

Lelaki Bergelar Datuk Seri yang disyaki menipu pelakon, Datuk Fizz Fairuz berkaitan tender pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak wujud hingga menyebabkan kerugian RM18,100 sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan polis pada Rabu lalu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sebelum diserahkan kepada IPD Sentul untuk siasatan.

"Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sentul sudah ke IPD Kajang untuk mengambil suspek itu dan kini ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.

"Esok kita akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek untuk memulakan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis mengesahkan menerima laporan dibuat pelakon terbabit berhubung dakwaan ditipu seorang Lelaki Bergelar Datuk Seri.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Datuk Seri tipu Fizz Fairuz sudah ditahan

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×