Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Thai Restoren, Payang Serai

Thai Restaurant ini, yang tidak begitu popular dikalangan warga tempatan tapi agak popular di FourSquare dan Facebook Places. Namanya, Payang Serai. Ini antara restoren makanan Thailand terbaik di Kota Bharu. Sungguh, saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bukan sahaja layanannya bagus, malah murah dan suasana yang cukup selesa.

Managernya bernama Khairul, sangat ramah dan pandai berbahasa.

Highly recommended restaurant for those who are looking for Thai foods here.

Saya fikir, anda wajib harus cuba jika berkunjung ke Kelantan. Sudah tiga kali saya menjamu selera di Payang Serai. Tiga kali pergi, tiga kali saya berpuas hati.

Gambar di atas ialah antara yang sempat saya snap sebelum habis saya bedal masuk dalam perut

Beef blackpepper tu sangat sedap. Dagingnya sangat lembut, selembut paru-paru yang direbus. Seolah-olah ia diperap menggunakan buah betik ataupun kiwi.

Saya tak pandai nak tulis panjang berjela-jela, tapi saya cuma mahu rekemen restoren ini kepada sesiapa yang berkunjung di Kelantan. Harganya, bagi saya – murah dan sedap!

Dibuka pada jam 12 tengah hari hingga jam 3 petang, manakala untuk makan malam pula ia dibuka bermula jam 6 petang.

Maklumat lanjut, anda boleh visit official site Payang Serai, di sini

Related Posts:

  • Tempat Wajib Lawat di Bandung – Tangkuban Perahu
  • Hotel di Bandung – Amaris Cimanuk Bandung
  • Itinerary Panduan Melancong ke Jepun (Tokyo)


This post first appeared on HOMESTAY IN KELANTAN, please read the originial post: here

Share the post

Thai Restoren, Payang Serai

×

Subscribe to Homestay In Kelantan

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×