Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Virus Kencing Tikus Ragut 28 Nyawa Setakat 24 Ogos


PUTRAJAYA - Sebanyak 28 kematian direkod daripada 2,925 kes jangkitan virus kencing tikus (leptospirosis) di seluruh negara sejak awal tahun sehingga 24 Ogos ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, sebanyak 48 kematian direkod daripada 3,665 kes jangkitan virus itu tahun lepas berbanding 55 kematian daripada 2,268 kes pada 2011 dengan Selangor merekodkan kes paling banyak iaitu 806 kes, Wilayah Persekutuan 351 kes dan Perak 299 kes.
"Jadi, saya minta pihak berkuasa tempatan untuk mempertingkat usaha mereka memastikan kebersihan, khasnya di premis makanan.

"Mereka kena buat pemeriksaan yang lebih rapi dan mengambil tindakan terhadap premis kotor bagi mengurangkan bilangan jangkitan kes itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata ancaman penyakit itu, yang berpunca daripada penularan wabak kencing tikus atau leptospirosis, hanya boleh diatasi jika masyarakat menjadikan kebersihan sekitar satu tanggungjawab.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti riadah di tempat berpotensi dicemari seperti berkelah dan berenang di kolam atau sungai yang tidak diselenggara dengan sempurna.

"Elakkan daripada berenang atau bermain di kawasan bertakung atau aliran air atau sungai yang perlahan. Elakkan juga daripada meminum air sungai atau kolam yang tidak dimasak, dan dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala penyakit," katanya.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata Malaysia bertanggungjawab melaksana semua peruntukan di dalam Perjanjian Antarabangsa Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC), yang menggariskan langkah kawalan komprehensif bagi melindungi kesihatan rakyat daripada kesan kemudaratan penggunaan tembakau.

"Kementerian telah menggaji dan mendapati peruntukan di dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh memberi kesan negatif terhadap langkah kawalan tembakau di negara ini dan menjejaskan komitmen negara terhadap konvensyen WHO FCTC.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyokong usaha mana-mana negara atau pertubuhan yang berpendirian sama agar segala peruntukan berkaitan tembakau dan hasil tembakau dikeluarkan daripada TPPA. - BERNAMA




This post first appeared on BlogHancus, please read the originial post: here

Share the post

Virus Kencing Tikus Ragut 28 Nyawa Setakat 24 Ogos

×

Subscribe to Bloghancus

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×