Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Liverpool vs Everton

12:15am (Waktu )
3 Disember 2018 (Isnin)
Stadium: Anfield
Siaran Langsung: Astro 816/834


Perlawanan kejiranan musim ni mesti menarik. Bukan sebelum ni tak menarik sebab kita dok menang selalu. Cuma kat puak2 Everton Diorang yang bunyi macam diorang hebat sangat. Pembelian macam Richylson , Bernard, Mina dan banyak lagi bintang Amerika Selatan antara asbab diorang rasa kemas gila. Lagi2 diorang cakap dah punyai Mini Mourinho, jurulatih muda terbaik Portugis Marco Silva.

Alisson
Trent Gomez VanD Robbo
Fabinho Gini
Salah Shaq Mane
Firmino

Keupayaan pasukan kita dah seimbang patutnya dengan pembelian Fabinho dan Keita. Fabinho naiktaraf untuk Hendo dan Keita untuk Milner. Cuma perancangan nak selit Fabinho dan Keita dalam skuad utama agak sukar. Sebab Fabinho tercari2 rentak awal musim dan Keita asyik cedera. Sebab itu orang lama macam Hendo dan Milner walaupun main biasa2 tak terjejas dan tak rasa tekanan nak perbaiki permainan.

Edisi perlawanan kejiranan tanpa Kapten Hendo mungkin sedikit sukar. Hendo kalau perlawanan macam ni dia memang sangat diperlukan. Sayang betul dia dapat kad merah lawan Watford haritu. Kat tengah perlu sedikit agresif dan abam harap Fabinho dapat main dengan baik sebab ini mungkin penampilan sulung kejiranan pertama. Harap dia boleh tepon Lucas Leiva tanya tips dan panduan.

Selalu kat Anfield kita selesa.  Pasukan lawan datang balik tangan kosong.  Kes Everton pun sama cuma yang beza diorang setiap kali beri tentangan sengit. Nak menang besar agak sukar tambahan plak Klopp tukar corak tak berapa menyerang sangat. Jadi kalau nak teka kenduri gol macam mustahil, namun bola itu bulat apa pun boleh jadi.



This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN EVERTON

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×