Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA JUARA-JUARA : SPARTAK MOSCOW LAWAN LIVERPOOL

Tags: sebab main juga
Semangat pasukan macam dah kembali. Walaupun kemenangan dianggap buruk, tetapi ianya satu lonjakan buat kem Liverpool. Setelah beberapa perlawanan penuh kehambaran, 3 mata ibarat ubat penyembuh untuk kembali relevan dalam Liga supaya tak jauh kena tinggal dengan 2 kelab Manchester.

Masalah barisan bawah yang teruk masih tak kemana. Klopp hanya harap pemain kurangkan kesilapan, sebab nak basmi terus dengan pemain sedia ada memang taklah. Sebab itu Klopp perlukan barisan depan untuk buat gol gila-gila bagi tolong sapu cirit-birit yang barisan bawah buat. Itu sahaja perancangan Klopp sehingga Januari mungkin.

Mignolet
Trent Matip Lovren Robertson
Hendo Emre Coutinho
Salah Sturridge Mane

Sekian kalinya abam nak Sturridge diberi peranan berbanding Firmino yang hilang gas beberapa perlawanan lepas. Sebab apa abam rasa keadaan fizikal Sturridge dah kian mantap dan prestasi masa lawan Leicester penunjuk utama beliau masih ada bisa walau tak jaringkan gol. Mat Kaca dah jadi pemain yang kurang tamak dan lebih main berpasukan, dengan hantaran gol kepada Hendo.

Masa telah sampai simpan Mat Gandum yang juga macam Firimino, tak ketahuan punca main walaupun masa kemenangan dengan Musang pulut. Coutinho boleh dicuba kembali diposisi tengah untuk beri kretiviti kat tengah. Kalau dia main kat sayap agak rugi sebab Coutinho suka bergerak bebas tanpa disiplin untuk bantu pemain bek sisi.

Robertson juga mesti beri peluang, walaupun Moreno nampak kembali menyengat. Trent terpaksa main sebab Gomez kena gantung perlawanan. Matip dan Lovren kekalkan kembali sebab Klavan lagi merapu dari Lovren. Kiranya macam mudarat Lovren lagi kecil dari mudarat Klavan yang langsung tak agresif agak perlahan kot atas.

Abam ada tengok perlawanan Spartak Moscow dengan Anzhi Macamchelaka yang seri 2-2. Pasukan mereka punyai pertahanan yang kelam kabut sama naik dengan kita. Bola setpis memang kelaut bertahan dan siap bertembung sesama sendiri nak keluarkan bola. Malah pertahanan mereka juga teramat lembab dan rasanya itu makanan Salah dan Mane nanti.

Serangan Spartak nak kata bahaya tak juga , tapi kalau tak jaga elok-elok mereka boleh buat onar juga. Corak mereka menyerang dari sayap dan penyerang cuma akan tunggu dalam kotak sambar peluang. Corak camtu sama macam Burnley, sebab itulah kena pastikan bek sisi kita tak berapa gatal nak terlalu keatas menyerang. Kalau tak gelabah main walaupun kat kampung orang, 3 mata senang-senang dapat sebab kekuatan seranagn pasukan kita memang tip-top.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA JUARA-JUARA : SPARTAK MOSCOW LAWAN LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×