Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

PERADUAN TEKA KEPUTUSAN LIGA PERDANA 2017/18



Peraduan Teka Keputusan Liverpool kembali lagi. Kali ini sempena ulangtahun ke-10 blog Liverpoolkita. Pihak pengurusan akan menyediakan hadiah sampai pemenang Mata Kedua Terbanyak. Diulang geng mata kedua terbanyak musim lepas sampai 3 orang. Kalau ramai masuk mungkin boleh sampai 5-6 orang barangkali. Jadi sila hebahkan kepada kawan-kawan, sedara-mara dan jiran-jiran mengenai peraduan ini. Pengurusan Liverpool bukan kena loteri tetapi ada rezeki terpijak kebetulan nak kongsi dengan peminat diluar sana tanda sokongan.

Syarat penyertaan:
1. Hanya pengikut blog ini sahaja yang layak. Anon boleh menyertai tetapi kena letak nama pena.
2. Hanya seorang pemenang sahaja kalau buat dwi akaun jawab diakhirat kelak.
3. Keputusan hakim muktamat (hakim dunia... mungkin buat silap).
4. Warga Malaysia sahaja layak undi , Mat bangla, Veitnam , Indon boleh pi main jauh-jauh.

Cara bermain:
1. Entri perlawanan akan ditulis dan perserta akan meletakkan keputusan anda dalam komen, samada pasukkan kita menang, seri atau kalah.
2. Hanya satu komen tak boleh nak spam banyak-banyak, jadi fikir sebelum bertindak.
3. Tarikh tutup setiap tekaan akan berakhir SATU JAM sebelum setiap sepak mula pasukan kita.
4. Hanya membabitkan Liga Perdana Inggeris sahaja. Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala liga tak aci.
5. Carta Liga Teka Keputusan akan dimasukkan dalam entri selewat-lewat Selasa (kalau takda aral).

Sebaraang penambahbaikkan boleh kemukakan untuk lebih mengempakkan lagi peraduan yang tak seberapa ini. Jadi sebarang kelemahan dan kesilapan dari diri pihak pengurusan yang baik datang dari Allah jua.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

PERADUAN TEKA KEPUTUSAN LIGA PERDANA 2017/18

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×