Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

KOMEN KHABAR ANGIN PERPINDAHAN TERKINI


Kegilaan media tulis benda-benda mengarut begitu menguji minda peminat Liverpool. Abam sendiri letih nak komen. Kes bidaan Keita kali keseratus, kes Keita tibai kaki kawan, kes Van Dijk kena berlatih sorang-sorang dah yang terbaru Coutinho berbaih dengan Barcelona. Abam sebenarnya malas nak layan tapi ada juga yang mahu ulasan kita sembang juga sikit-sikit.

Pendirian Klopp pasal perpindahan mudah. Dia nak pasukan yang terbaik. Sama macam kat Dortmund dulu. Cuma beza Bundesliga, hanya Bayern Munich yang dok buat perangai beli pemain mahal-mahal untuk kuatkan pasukan.  Kat Liga Perdana, boleh dikatakan 7 pasukan teratas termasuk Everton semua gila boros berbelanja. Jadi nak taknak kena dapatkan yang terbaik tak kira mahal atau murah

Sebab itu pemain yang kelab taknak jual macam Keita dan Van Dijk itu juga yang Klopp nak sangat-sangat. Macam orang cakap kalau mengurat lagi kena rejek lagi tercabar nak pulun. Tambahan plak yang rejek mak bapak tapi yang si anak dah angau kalau boleh nak kawin lari. Macam-macam kita dengar ada sumber cakap FSG saja nak kecing Klopp takkan beli, tetapi satu sumber cakap tunggu hujung jendela perpindahan mereka tetap jadi pemain kita. Abam kat tengah-tengah tunggu dan lihat serta pasrah.

Bab Coutinho satu lagi masalah buat Klopp. Masalahnya Coutinho tak kisah pergi atau tak. Faham kat sini dia cakap dia bukan takkan pergi. Cuma situasi Barcelona yang sedang pening dengan Neymar. Masalah diorang dengan PSG, tetiba nak sangkut dengan orang lain. Jika Neymar terima tawaran, Barca nampak Coutinho pengganti terbaik. Kira-kiranya diorang nak dapat untung jual Neymar dan beli Coutinho dengan separuh harga.

Kadangkala bijak juga tokey Liverpool, mereka terus letak £125 Juta Pound. Bijak tetapi licik juga sebab FSG ni bukan boleh harap sangat bab duit. Mereka tahu nilai yang mereka letak tak masuk akal untuk pemain yang belum tahap bintang. Cuma keadaan pasaran pemain sendiri dah gila, Mbappe dari Monaco yang baru akhil baligh pun dah melepasi £100++ takkan pemain antarabangsa Brazil nak letak murah-murah. Kita tengok Klopp takkan boleh halang jika Barca berani beri apa yang FSG letak. Yang ni kita pun pasrah macam kes Suarez.

Keadaan kontrak Emre bukan masalah bagi Liverpool. Kita nak risau apa, tawaran dah diberi. Kesetiaan pemain luar bukan sekadar pada sejarah kelab atau gaji lumayan. Emre mungkin bukan nak tempa nama untuk dapat kejuraaan dan medal, tetapi nak jaminan sebagai kesebelasan utama. Korang rasa Klopp boleh jamin nak beri tempat otomatik dengan bila kita punyai Hendo, Lallana, Wijnaldum, tambahan Coutinho main tengah sekarang, itu belum lagi kalau Keita masuk. Kalau Emre taknak lanjut kontrak dan nak juga ke Juventus, pau saja £30 Juta jangan kurang.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

KOMEN KHABAR ANGIN PERPINDAHAN TERKINI

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×