Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

SOLANKE PEMAIN TERBAIK PIALA DUNIA REMAJA


Tahniah kepada trio remaja Liverpool, Ojo, Ejaria dan yang baru masuk Solanke kerna dapat Piala Dunia Remaja bawah 20. Ojo dan Ejaria dah lama kita tahu kebolehan memasing. Tetapi Solanke yang dicilok dari akademi Chelsea adalah sosok yang jadi topik hangat masakini. Semasa dia sain awal bulan tak dengar suara positif banyak cemuhan cakap kita pergi ambil kain buruk Chelsea lah bagai. Sekarang Solanke dinobatkan pemain paling berharga memenangi hadiah bola emas, sebaris Pobga, Aguero, Messi dan Maradona.

Mungkin kita tak boleh nak buat buat andaian bahawa Solanke akan meletop dan jadi pemain handalan dunia masadepan. Tetapi dengan kualiti sekarang, dapat setara Harry Kane pun dah kira berbaloi. Sebab apa abam nampak Solanke ada gaya nak macam Kane. Rasanya pilihan Solanke ke Anfield sedikit sebanyak ada kaitan dengan Klopp. Dengar cakap banyak kelab lain dok buru beliau tetapi pemain muda itu tahu Klopp pengurus yang boleh bantu anak muda ini merealisasikan impian.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

SOLANKE PEMAIN TERBAIK PIALA DUNIA REMAJA

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×