Malam seribu bulan adalah malam lailatul qadar sebagaimana dikurniakan Allah s.w.t kepada hamba-Nya sekalian bagi memberikan peluang beramal dengan amalan yang dilipat gandakan seperti seribu bulan atau 83-84 tahun nilainya.
Doa Memohon Keampunan
Sebagaimana diceritakan oleh Aisyah r.anha
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَىُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
“ Aku bertanya kepada Rasulullah SAW:
Wahai Rasulullah, apa yang sebaiknya perlu aku ucapkan
jika menemukan malam Lailatul Qadar?
Baginda bersabda:
“Berdoalah… Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni
(Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan
menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku) (HR. Tirmidzi no. 3513 dan Ibnu Majah no. 3850. Abu ‘Isa At Tirmidzi mengatakan bahawa hadits ini hasan sahih.
Sekalipun doa ini ringkas,makna dan pengertian didalamnya amat besar dimana permohonan dan sifar Allah yang Maha Permaaf dan jika di pohonkan saat bertepatan denga lailatul qadar,amatlah bernilai seiringan besar dan mulianya pada waktu itu.
Hikmah Memohon Keampunan
Memohon keampunan kepada Allah terhadap kekurangan didalam ibadah,segala dosa-dosa yang lalu.Ini kerana sekalipun seseorang telah melakukan ibadah,mungkin terdapat kekurangan didalamnya,'maka setiap kali selesai ibadah bolehlah memohon keampunan di atas kekurangan itu (jika ada),dan jika tidak ada pun tidaklah salah untuk memohon ampun dosa-dosa yang lalu.Inn syaAllah.