Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Selamat Berhari Raya Aidilfitri 2017/1438H

Hari raya aidilfitri bukanlah penamat kepada amalan yang telah dilakukan sepanjang di bulan ramadhan.Sungguhpun demikian,perayaan aidifitri hendaklah disambut oleh seluruh umat islam sebagai perayaan yang besar dimana,telah di kurniakan perayaan ini untuk disambut dan memberi peluang dan ruang kepada sanak saudara,rakan taulan jauh dekat untuk saling berkunjung setelah sekian lama menjalani urusan hidup masing-masing di perantauan.

Inilah masanya,waktu-waktu yang tepat,yang singkat,tetapi dimanfaat secara bersama,berkumpul bersama,bertanya khabar andai tidak dapat bertemu,saling berbalas kad-kad ucapan bersempena hari mulia ini.

Tidak ada ruang dan peluang untuk kemaafan tidak dipinta.Tidak ada puasa pada hari ini.Hanyalah waktu gembira suka cita melihat wajah-wajah tersayang.Yang pergi telah pergi,doa iringan di kirimkan.Setiap orang islam dipagi dan malamnya menikmati keriangan aidilftiri,seolah-olah mereka saling mengenal antara satu sama lain.Inilah kecantikan islam,bila akhlak lebih dahulu menghiasi diri.

Amalan dan akhlak mulia tidak terhenti di bulan mulia,masih terus menerus disebati dalam diri.Antara amalan baik yang dapat di lakukan seperti:


  • Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Mengerjakan Solat Hari Raya.
  • Mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w adalah pada hari Jumaat , Hari Arafah , Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.



  • Memakai Pakaian Baru .
  • Memakai baju baru itu mestilah dengan penuh penghayatan bukan sekadar ingin menunjuk-nunjuk baju baru,cantik dan sedondon.Denganya mensyukuri nikmat-nikmat yang telah dikurniakan dan tidak berlebih-lebihan.



  • Makan Dahulu Sebelum Pergi Solat Hari Raya
  • Sebelum bergerak untuk menziarahi atau menunaikan solat aidilfitri,makan sedikit untuk mengalas perut sebagaimana terkandung didalam hadits riwayat Bukhari.
daripada Anas r.a berkata :
" Biasanya Rasulullah s.a.w sebelum pergi solat Aidilfitri , terlebih dahulu baginda makan beberapa biji kurma " ( hadith Riwayat al- Bukhari , bab al'-Aid)



  • Memperbanyakkan Takbir

firman Allah S.W.T
"Dan menyebut dengan lidah dan hatinya nama Tuhannya serta mengerjakan solat " (surah al-'Ala:15)


  • Memberi Sedekah Kepada yang Memerlukan

Diriwayatkan daripada Anas,
Rasulullah s.a.w melakukan solat Aidilfitri dua rakaat,Beliau tidak solat sebelum atau selepasnya kemudian baginda pergi ke tempat perempuan bersama bilal.Baginda menyuruh mereka bersedekah.Maka mereka bersedekah.Ada yang menyedekahkan anting-anting dan ada pula yang menyedekahkan kalungnya (Hadith Riwayat al - Bukhari , bab al - 'Aid)

Setiap sedekah itu inn syaAllah,akan diberikan ganti oleh Allah s.w.t dengan gantian yang lebih baik dari apa yang disedekahkan.Dan semestinya pemberian Allah itu tidak disangka-sangka kurnianya dunia dan akhirat,dan boleh jadi sebagai naungan di hari tidak ada naungan selain naungan Allah s.w.t.

Saling berkunjung dan ziarah menziarahi antara satu sama lain adalah dapat menghidupkan nilai-nilai ukhuwah dan silatulrahim,menguatkan ummah dan menghadirkan rasa kasih sayang sesama umat kala ini.

Dengan itu,saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua umat islam dimana saja berada.Amalan dibulan ramadhan itu tidak terhenti dan akan terus diamalkan hingga inn syaAllah bertemu ramadhan akan datang.Semoga Allah memberkati kaum mukminin dan mukminat.

-Nur-




This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Selamat Berhari Raya Aidilfitri 2017/1438H

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×