Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Helikopter hilang: Tiada pengesahan helikopter mendarat di mana-mana - Polis


KUCHING: Tiada Pengesahan bahawa helikopter yang membawa lima orang penumpang, salah seorangnya dipercayai merupakan ahli kabinet, sudah mendarat di mana-mana.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhd Sabtu Osman berkata buat masa ini, tiada butiran terperinci yang boleh dikongsikan.


"Kami akan gerakkan aset-aset Mencari Dan Menyelamat kami bermula jam 6 pagi esok," kata Sabtu.



Tambahnya, pihak polis berganding bahu dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi usaha mencari dan menyelamat tersebut.

Helikopter tersebut berlepas dari Betong Pada Jam 4.12 petang pada Rabu sebelum Terputus Hubungan pada jam 4.32 petang.

Helikopter tersebut terputus hubungan ketika berada di kawasan Triso di Sri Aman.

Perjalanan melalui udara dari Betong ke Kuching biasanya akan memakan masa selama 35 minit.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Susulan itu, DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Helikopter hilang: Tiada pengesahan helikopter mendarat di mana-mana - Polis

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×