Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Raja Bomoh & Tembikai : Ini Pesanan Dr. Maza Kepada Bukan Islam



21 Mac - Baru-baru ini, satu video terbaharu dari Raja Bomoh menjadi viral di media sosial.

Video yang memaparkan Raja Bomoh dan buah tembikai itu mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah Dr. Maza atau Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengkritik video terbabit.


Menerusi Facebooknya Dr. Maza memberi nasihat kepada mereka yang bukan Islam supaya Tidak Mengaitkan Perbuatan Raja Bomoh ini dengan agama Islam.

"Kepada non-muslim yang melihat video ini, harap anda tidak mengaitkan perbuatan mereka ini dengan Islam.

"Di samping ayat-ayat al-Quran yang dibaca secara tidak betul sebutannya, tahayul (superstition) yang seperti ini tidak pernah diiktiraf oleh Islam. 

"Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia. Apatahlagi disertakan dengan pembaziran seperti ini.

Selain itu, Dr. Maza juga turut menegaskan bahawa buah bukannya untuk dibazirkan.

"Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia.", kata beliau. - sumber 




PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Raja Bomoh & Tembikai : Ini Pesanan Dr. Maza Kepada Bukan Islam

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×