Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#BOLASEPAK ~ Dongengan yang benar Croatia ke final Piala Dunia 2018

DALAM keajaiban sukan moden, Croatia yang merupakan sebuah negara memiliki penduduk lebih empat juta orang telah berjaya melakar sejarah beraksi pada final Piala Dunia 2018 menentang Perancis selepas menewaskan England 2-1 di Stadium Luzhniki awal pagi semalam.

KYLIAN MBAPPE bakal menjadi duri dalam daging buat Croatia merangkul Piala Dunia julung-julung kali dalam sejarah negara tersebut pada aksi final Ahad ini.

Kisah dongeng anak-anak buah Zlatko Dalic berterusan sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan sekali gus menyaksikan para pemain Croatia meraikan kejayaan melakar sejarah julung-julung kali ke aksi final bersama ribuan penyokong bak lautan merah dan putih ketika mengibarkan bendera kebangsaan.

PERISIC bakal menjadi sandaran utama Croatia untuk melunaskan dendam kekalahan 1-2 terhadap Perancis pada Piala Dunia 1998.

Wira Croatia sudah tentunya Ivan Perisic yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-68 sebelum menjadi perancang utama mencipta umpanan gol kemenangan yang disempurnakan oleh Mario Mandzukic (m-109) untuk menewaskan skuad The Three Lions.

“Negara kerdil Croatia melangkah ke final Piala Dunia! Tiada seorang pun yang percaya Croatia melangkah sejauh ini sebelum bermulanya Piala Dunia, namun kami tetap percaya,” tegas Perisic.

Kemenangan itu menyaksikan Croatia berpeluang membalas dendam atas kekalahan 1-2 kepada Perancis pada aksi separuh akhir Piala Dunia 1998 apabila kedua-dua negara itu membuat perhitungan semula di pentas akhir Piala Dunia 2018 di Rusia.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#BOLASEPAK ~ Dongengan yang benar Croatia ke final Piala Dunia 2018

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×