Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#WOW ~ TM lancar pelan unifi Basic 30Mbps dengan harga RM79

Telekom Malaysia Bhd. (TM) memperkenalkan pelan Unifi Basic, sebuah pelan eksklusif, khusus untuk isi rumah dengan pendapatan RM4,500 dan ke bawah pada harga RM79 sebulan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Bazlan Osman berkata, pelan jalur lebar sahaja pada kelajuan 30 Megabait sesaat (Mbps) dengan kuota penggunaan sebanyak 60 Gigabait (GB) itu menawarkan harga 50 peratus lebih rendah daripada pelan unifi Home 30Mbps sedia ada.

“Sebagai peneraju konvergens, TM komited untuk menyediakan penawaran perkhidmatan seumpama ini bagi memastikan semua rakyat Malaysia mampu menikmati manfaat jalur lebar, mudah alih, WiFi dan kandungan, sekali gus mendorong pertumbuhan ekonomi negara.
“Langkah memperkenalkan pelan jalur lebar untuk isi rumah segmen B40 ini juga adalah sejajar dengan seruan kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati internet jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis pelancaran beberapa pelan jalur lebar dan mudah alih unifi di sini hari ini.

Pelan unifi Basic boleh dilanggan secara eksklusif secara online di unifi.com.my/unifi-basic dan akan ditawarkan bermula 15 Ogos 2018 selain pendaftaran awal yang boleh dibuat bermula 15 Julai 2018.

Sementara itu, selain unifi Basic, TM turut memperkenalkan pelan-pelan unifi Turbo, di mana bermula 15 Ogos 2018, pelanggan unifi Home sedia ada yang menikmati perkhidmatan jalur lebar, telefon dan kandungan akan dinaiktaraf secara berperingkat.

Menurut Naib Presiden Eksekutif unifi, Imri Mokhtar, penaiktarafan itu adalah sehingga 10 kali ganda kelajuan jalur lebar sedia ada pada harga langganan bulanan yang sama.

“Misalnya, pelanggan 30Mbps unifi Home sedia ada akan dinaik taraf sehingga ke 300Mbps, manakala pelanggan 100Mbps unifi Home pula akan dinaik taraf sehingga ke 800Mbps,” jelasnya.

Sementara itu, Imri turut mengumumkan pelan menaiktaraf lebih 340,000 pelanggan Streamyx yang berada dalam kawasan liputan unifi agar beralih ke unifi.

“Bagi pelanggan Streamyx yang berada di luar kawasan liputan unifi pula, kami akan mempertingkatkan kepantasan Streamyx sekarang kepada dua kali ganda tidak lama lagi dan akan memberi manfaat kepada lebih 350,000 pelanggan,” ujarnya.- K! ONLINE

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#WOW ~ TM lancar pelan unifi Basic 30Mbps dengan harga RM79

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×