Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#SUBHANALLAH ~ Burung Tanpa Bulu Bahagia Nikmati Cinta Tiga Segi

Tags: indi burung lemon
Good Morning !!❤️💙💛@rhea_thenakedbirdie
A post shared by Three Special Lovebirds (@my_special_bird) on

SEPASANG Burung dua sejoli menderita penyakit yang jarang dijumpai dan menyebabkan bulu pada keseluruhan badan gugur. Namun, kedua-dua burung itu hidup bahagia bersama.

Kini, cinta mereka menjadi semakin mekar dengan kemunculan burung nuri berwarna biru sekaligus mewujudkan kisah cinta tiga segi yang harmoni.

Dua burung itu, Lemon (betina) dan Indi (jantan) mengalami masalah 'psittacine beak and feather disease' (PBFD) - sejenis penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian dan simptom yang dialami itu turut menjadikan bulu pada badan mereka tidak boleh tumbuh kembali.

💖💙💛
A post shared by Three Special Lovebirds (@my_special_bird) on

Lemon telah kehilangan bulu pada badannya, manakala Indi yang masih memiliki sedikit bulu bertemu 'jodoh' kerana jasa pemilik mereka Fabiana Guagliardo dari Pantai West Palm, Florida.

"Lemon dan Indi muncul dalam hidup kami sejak tiga tahun lalu dan mereka tidak lagi boleh dipisahkan.

"Ketika kami memiliki mereka, mereka nampak sihat dan sangat aktif," kata Guagliardo kepada Barcroft TV.

"Satu hari, kami terkejut apabila bulu pada badan Lemon semakin gugur tanpa sebarang sebab yang jelas.

"Kami bawa Lemon ke klinik haiwan dan melakukan ujian PBFD. Dalam tempoh dua bulan sahaja Lemon kehilangan semua bulu pada badannya (bogel)!," katanya.

Silly girls !!!💛💖....Just in case Indi is hiding !!😂😂😂😂
A post shared by Three Special Lovebirds (@my_special_bird) on

Kata Guagliardo, Indi dan Lemon sangat mencintai antara satu sama lain dan Indi akan melakukan apa sahaja untuk melindungi Lemon.

"Jika Lemon tidak sihat, Indi tidak akan sentiasa bersamanya dan dia tidak akan pergi jauh daripada sangkar kerana dia tahu Lemon tidak boleh terbang.

"Lemon pula akan menjerit dengan gila kalau dia tidak nampak Indi," ujar pemilik burung itu.
Indi knows how to make both girls happy !!!! 💕💕💕💕💕💕As strange as it sounds He spends time with both of them and everybody is Happy !!! I hope is not in the family genes !!!😳😳😳😳💛💙❤️ ---Indi sabe cómo hacer felices a dos mujeres .... el se reparte su tiempo entre las dos y todos felices . Espero no este en los genes de la familia !!😳😳😳😳#the3birdieteers #love #cute#adorables#lovebirds #parrots#agapornis #birds#cutecouples #cuteanimals
A post shared by Three Special Lovebirds (@my_special_bird) on

Cinta kedua-dua burung itu terlalu dalam dan mereka tidak kisah untuk berkongsi.

Baru-baru ini, Guagliardo membawa burung nuri, Rhea yang turut menderita penyakit yang sama.

Pada awalnya Guagliardo bimbang jika Rhea berasa dirinya seperti 'kacau daun' kerana Lemon dan Indi adalah pasangan dua sejoli.

Mujurlah Indi menerima Rhea dengan tangan terbuka. - Huffington Post

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#SUBHANALLAH ~ Burung Tanpa Bulu Bahagia Nikmati Cinta Tiga Segi

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×