Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Polis Buru Kucing Sebab Cederakan Kanak-Kanak?

Dunia sudah semakin pelik. Terlalu banyak kejadian yang tidak masuk akal Telah pun berlaku.

Baru-baru ni di Hong Kong, ada penjenayah unik yang paling dikehendaki oleh polis di sana. Penjenayah berkenaan bukanlah seorang manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir tetapi hanya seekor kucing.


Kejadian itu berlaku apabila kucing yang digelar sebgai Marbles telah mencakar muka seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun sehingga meninggalkan kesan sepanjang 5mm di sebuah farmasi di Kwun Tong.

Walaupun pemilik farmasi itu telah menawarkan untuk membiayai kos perubatan buat kanak-kanak itu di klinik berhampiran, namun ibunya tetap menolak dan telah menfailkan aduan kepada pihak berkuasa di sana.

Marbles yang tinggal di farmasi berkenaan, adalah merupakan kucing kesayangan masyarakat di sana sehingga menyebabkan seorang ahli parlimen bernama Roy Kwong meminta agar pihak berkuasa supaya mengalah.


Satu petisyen juga telah dilancarkan Roy bagi mendapatkan sokongan orang ramai untuk membela nasib Marbles.



Difahamkan bahawa, pemilik dan pekerja farmasi berkenaan tetap yakin bahawa Marbles adalah mangsa tuduhan palsu, malah salah seorang pekerja farmasi itu bertindak menunjukkan rakaman daripada CCTV yang terdapat di farmasi itu kepada wartawan tempatan sebagai bukti yang Marbles tidak bersalah.


*Sumber: Ettoday dan HK01


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Polis Buru Kucing Sebab Cederakan Kanak-Kanak?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×