Kucing Menikmati Khasiat Timun Timun pernah memelantingkan kucing ke udara dengan begitu licik sebelum ini. Hal ini mengundang persepsi yang pelbagai daripada netizen. Adakah kucing benar-benar tidak begitu selesa apabila berhadapan dengan timun?
Berlainan pula dengan kucing di dalam video di bawah ini yang mana begitu menyukai rawatan spa. Elemen penting yang nampak menenangkan kucing ini apabila menjalankan rawatan spa berkenaan adalah hirisan timun sebenarnya. Ternyata timun yang mempunyai khasiat buat mata yang letih itu juga telah dihayati oleh kucing dengan sebaiknya.