Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pokok Catnip Dengan Pokok Kucing Galak Tu Sama Ya?



"Pokok kucing galak tu lah catnip..", kata John dan Doe kepada Chloe dengan yakin dan tenang.

Agak kurang betul tu bro dan sis. Bukan nak tunjuk pandai atau menjatuhkan maruah orang lain ya. Saya sendiri pun masih lagi jahil dalam mana-mana ilmu keduniaan dan ilmu akhirat. Cumanya saya lebih suka berusaha untuk bertanya dan mencari fakta yang baik dari pelbagai sumber dan berkongsikan dengan para pembaca. (Psstt.. adakalanya saya pun bingai juga, jadi jangan lah terasa hati nak sentap-sentap kalau terbaca penulisan ni. Peace kat pipi ala2 kpop.. muntah pelangi.)

Dalam istilah saintifik, pokok kucing galak diberikan nama Acalypha Indica, manakala pokok catnip pula diberikan nama Nepeta Cataria. Kedua-dua tumbuhan ni adalah dari keluarga yang berbeza. Nah, mudah je jawapan kan? Berusaha SANGAT!



Untuk pengetahuan kita bersama, apa yang membuatkan kucing boleh "high" dengan pokok kucing galak adalah bahagian akarnya, tidaklah pada daun seperti pokok catnip.

Walaupun pokok kucing galak dan pokok catnip ini berbeza, namun kedua-dua tumbuhan ini boleh memberikan kesan high yang hampir sama. Kalau nak mengikutkan kajian yang pernah dijalankan, pokok catnip lebih memberikan kesan yang pantas berbanding pokok kucing galak.

Anda boleh cuba buat kajian sendiri pada kucing anda nanti ya. Tak perlulah nak berdebat-debat. Jangan lupa untuk kongsikan hasil kajian anda itu di ruangan komen di bawah nanti.


BACA INI JUGA: Catnip Tu Apa Benda?


Mana satu lagi bagus, pokok catnip atau pokok kucing galak?

Peh soalan apa ni? Bagi saya, mana-mana tumbuhan dan ciptaanNYA pasti ada kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri buat setiap makhluk yang diciptaNYA juga. Jadi tidak perlu lah terlalu membeza-bezakan secara negatif setiap ciptaan DIA dan jadikan isu remeh ini isu yang besar.

Mengikut survey pendek yang pernah dijalankan, kedua-duanya seimbang. Cuma yang sedikit lebih mudah untuk buat kucing high sudah pasti pokok catnip. Selain daripada menjadi kegilaan kucing,  pokok catnip juga merupakan antara tumbuhan yang mampu untuk menghalau beberapa jenis serangga seperti nyamuk. Anda boleh rujuk di sini.

Kalau nak tahu lebih lanjut dan tepat mana satu lagi bagus buat si comel, kenalah interview kucing anda sendiri. Tehehehe.

Cubalah untuk membuat kajian anda sendiri ok. Lain kucing lain ragamnya. Ada yang akan mendapat kesan dan ada juga kucing yang tidak terkesan dengan kedua-dua tumbuhan ini. :)

Bolehkah anda menanam sendiri pokok catnip ini di Malaysia? Susah ke nak tanam?

Sudah tentu boleh! Anda hanya perlu mencari benih catnip yang berkualiti, bekas semaian dan tanah yang bersesuaian. Pastikan tanah yang digunakan bagus agar tanaman sentiasa sihat.

Cadangan kami, gunakan Peat Moss iaitu satu medium untuk semaian benih dan penanaman pokok. Secara dasarnya ia merupakan sejenis bahan organik yang sangat unik dan sedikit mahal berbanding tanah kompos kerana ianya sangat membantu tanaman catnip anda dari segi kemampuan untuk menyimpan air, kadar serapan air, elak kemampatan, dan pH acid. Kebiasaannya "peat moss" ni tumbuh dikawasan beriklim sejuk dan pengeluar terbesar dunia adalah dari negara Canada.

Ala, tanya je nurseri bunga yang ada di Malaysia ni. Kalau tiada menjual Peat Moss tanya sahaja tanah yang paling bermutu untuk menanam. Cumanya Peat Moss agak baik digunakan untuk menanam pokok catnip. Kalau susah sangat dapatkan je Peat Moss ini daripada kami.

Jarak benih mesti lah tidak terlalu dekat dan tidak terbenam. Kalau terbenam susah benih tu nak bercambah. Kebiasaannya benih akan bercambah seawal 3-7 hari bergantung pada kadar "germination".  Apa kejadahnya tu? Germination ni adalah berkebolehan biji benih tu untuk bercambah. Kalau dah mula bercambah sedikit baru lah boleh dedahkan pada matahari pada kadar yang optimum.

Dah bercambah dan membesar lagi, selalunya dalam masa 5 hingga 6 minggu, boleh lah tukarkan pasu yang lebih besar untuk kebaikan pertumbuhan akar pokok catnip.

Jangan lupa untuk menjaga tanaman catnip anda setiap hari sehingga ia tumbuh dengan baik dengan memberinya secukup air dan seimbangkan pemberian cahaya matahari. Jangan bagi cahaya matahari secara terus sebab tak berapa bagus untuk pokok catnip. Takut nanti kering pokok itu. Tapi perlu ingat seperti tumbuhan yang lain, pokok catnip memang memerlukan cahaya matahari ya.

Kalau ikut langkah yang betul dan memberikan air dan cahaya matahari yang secukupnya, sudah pasti anda akan mendapat hasil yang sangat baik. Jadi jawapan kepada persoalan anda sudah pun di jawab sedikit di atas. Anda tentukan ianya sendiri sama ada susah atau tidak untuk menanam pokok catnip.

Mana nak dapatkan benih dan Peat Moss tu?

Memandangkan kami juga adalah tokan catnip yang hemsem, anda boleh je nak dapatkan benih catnip yang berkualiti dan Peat Moss daripada kami pada harga yang berpatutan. Tray semaian atau pasu ke, boleh je anda dapatkan di nurseri bunga. Di Ikea pun ada jual pasu. Tray semaian pun ada rasanya. Kalau nak dapatkan daripada kami pun boleh. Tiada masalah.

Gunakan sahaja cara di bawah untuk menghubungi kami supaya kita boleh berbincang lebih lanjut. Manalah tahu kalau anda dapatkan kesemuanya; benih catnip, tray semaian dan peat moss daripada kami, anda akan diberikan tips-tips menanam catnip dan harga yang istimewa ke. Ha taknak cuba?



Nak Tempah Benih Catnip Bermutu?
Email: [email protected]
Whatsapp: 019-3485794



*Kalau anda malas dan tak berapa suka nak dapat kan benih catnip yang berkualiti daripada kami, anda boleh juga join Shopback dan taipkan catnip pada search engine mereka(setelah anda mendaftar) untuk mendapatkan catnip daripada kedai-kedai online yang lebih famous seperti Lazada dan sebagainya yang terdapat dalam Shopback. Bukan setakat anda boleh membeli bahkan anda akan turut dibayar wang tunai setelah membeli nanti. Cubalah daftar hari ini menggunakan link yang dikongsikan di atas kalau anda masih taknak percaya. 


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Pokok Catnip Dengan Pokok Kucing Galak Tu Sama Ya?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×