Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mesin Pelayan SyTech Digodam – Sebanyak 7.5TB Data Dan Projek Bersama Kerajaan Russia Tertiris

Baru-baru ini, ia Telah dilaporkan bahawa sekumpulan penggodam telah berjaya untuk menggodam mesin pelayan syarikat kontraktor keselamatan SyTech telah digodam, dan sebanyak 7.5TB data dan pelbagai projek telah tertiris ke arena web.

SyTech ialah sebuah syarikat perisian yang juga merupakan sebuah kontraktor untuk jabatan keselamatan Russia, FSB. Kumpulan penggodam 0v1ru$ mengaku mereka dalang disebalik godaman tersebut telah mencuri 7.5TB data, dan diantaranya ialah projek-projek yang dijalankan buat pihak FSB tersebut.

SyTech dikatakan telah bekerja dengan pihak FSB sejak tahun 2009, dan diantara projek-projek yang tertiris termasuklah:

  • Nautilus – Projek pengumpulan maklumat melalui media sosial
  • Nautilus-S – Projek penyahsulitan rangkaian Tor
  • Reward – Projek penembusan rangkaian P2P
  • Mentor – Projek pemantauan e-mel syarikat-syarikat didalam Russia
  • Hope – Projek pemantauan Internet Russia dan laporan bagaimana ia bersambung ke negara-negara lain
  • Tax-3 – Mencipta Intranet (rangkaian dalaman) yang menyimpan maklumat mengenai ramai tokoh negara yang tidak disambungkan ke rangkaian internet global

Daripada projek-projek ini, ada diantaranya yang sudahpun diuji, ini termasuklah Nautilus-S dan juga Hope. Sejak mesin pelayan mereka telah digodam, SyTech dikatakan telah menutup laman web mereka.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Mesin Pelayan SyTech Digodam – Sebanyak 7.5TB Data Dan Projek Bersama Kerajaan Russia Tertiris

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×