Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

BMW Dan Tencent Akan Bekerjasama Untuk Membangun Teknologi Kenderaan Swapandu Di China

Tencent mungkin lebih dikenali Sebagai Sebuah Syarikat yang memfokuskan kepada permua (permainan mudah-alih) di pasaran China dan Asia, tetapi mereka nampaknya sudah bersedia untuk mengambil langkah seterusnya sebagai sebuah syarikat teknologi dengan kerjasama bersama-sama sebuah syarikat automotif yang terkemuka.

Tencent, bersama-sama dengan BMW akan bekerjasama untuk membuka sebuah pusat perkomputeran yang membolehkan kedua-dua syarikat tersebut untuk membangunkan kereta swapandu untuk pasaran China.

Pusat ini, yang akan mula beroperasi pada penghujung tahun ini akan dibina di bandar Tianjin, dan akan digunakan untuk membangunkan teknologi pemanduan yang pada mulanya akan membolehkan kereta-kereta BMW hadir dengan kebolehan separa-swapandu, dan akhirnya swapandu secara penuh.

Tencent dan BMW tidak mendedahkan jumlah wang yang dimasukkan didalam pusat ini, tetapi pihak BMW menjanjikan bahawa ia akan menjadi pusat utama pembangunan teknologi swapandu syarikat automotif tersebut.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

BMW Dan Tencent Akan Bekerjasama Untuk Membangun Teknologi Kenderaan Swapandu Di China

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×