Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Redmi Note 6 Pro Berharga Bermula RM849 – Mula Dijual 20 Oktober 2018

Xiaomi Malaysia semalam telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mulakan jualan Redmi Note 6 Pro di Malaysia secara rasminya pada hari Sabtu ini, 20 Oktober. Kini, lanjutan daripadanya, harga jualan untuk peranti berkenaan juga telah diketahui.

Redmi Note 6 Pro akan ditawarkan dalam dua variasi, iaitu dengan 3GB RAM/32GB storan dan juga variasi 4GB RAM/64GB storan. Versi 3GB RAM ditawarkan pada harga RM849, sementara versi 4GB RAM pula ditawarkan pada harga RM999.

Redmi Note 6 Pro hadir dengan skrin 6.26-inci dengan paparan HD+ penuh, dijana cip Snapdragon 636, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Menjadi fokus pada Telefon Pintar Ini adalah keupayaan empat-kamera dilengkapi sokongan kecerdasan buatan (AI).

Redmi Note 6 Pro menggunakan dwi-kamera hadapan gabungan 20MP + 5MP, selain kamera belakang 12MP + 5MP. Pengguna juga turut disediakan kebolehan untuk menaik-taraf storan dengan penggunaan kad mikro-SD sehingga 128GB.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini, boleh menyemak beberapa kedai fizikal Xiaomi bermula hari Sabtu ini, 20 Oktober 2018.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Redmi Note 6 Pro Berharga Bermula RM849 – Mula Dijual 20 Oktober 2018

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×