Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Mi Mix 3 Dijangka Menjadi Antara Peranti Terawal Dengan Sokongan 5G

Xiaomi kini telah hadir dengan Gambar Acah baru khusus memfokuskan peranti baru yang bakal dilancarkan mereka pada penghujung bulan ini, iaitu Xiaomi Mi Mix 3. Melalui gambar acah terbaru, Xiaomi turut menyertakan label, mengatakan ia sebagai telefon pintar 5G pertama secara komersil.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi modem apakah yang akan digunakan pada Xiaomi Mi Mix 3 ini memandangkan modem untuk 5G masih tidak ditawarkan secara meluas. Sekiranya ia menggunakan Snapdragon 845, ia akan menjadi persoalan apakah cip modem yang akan digunakan Oleh Xiaomi.

Tetapi, pada masa yang sama juga, mungkin Xiaomi sekadar memperlihatkannya terlebih dahulu dan akan membuat penawaran kepada umum pada kemudian hari. Pengeluar dari China berkenaan sendiri sebelum ini telah mempertontonkan ujian 5G pada Xiaomi Mi Mix 3.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 25 Oktober ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Xiaomi kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Mi Mix 3 Dijangka Menjadi Antara Peranti Terawal Dengan Sokongan 5G

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×