Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apa Yang Menarik Pada MIUI 10?

MIUI 10 telah mula diedarkan pada kebanyakan peranti popular Xiaomi seperti Xiaomi Mi 8, Xiaomi Mi MIX 2, dan Xiaomi Redmi Note 5. Ia menawarkan pelbagai pembaharuan antaranya perubahan, termasuk dari segi antaramuka, peningkatan prestasi, disamping memberi penambahbaikan dari segi keupayaan kamera. Bagi yang menggunakan peranti Xiaomi terkini, berikut adalah beberapa perubahan dan fungsi menarik yang telah hadir pada iterasi Miui 10.

Antaramuka “Recent Apps” Baru

Paparan recent apps kini telah membawakan paparan berasaskan berbilang aplikasi, seumpama yang dilihat pada sistem operasi BlackBerry 10 dan Meego. Ia memudahkan pengguna memilih aplikasi yang sedang berjalan, tanpa perlu menyeret satu per satu aplikasi yang dibuka seperti yang terdapat pada MIUI 8 dan 9. Dengan paparan ini, ia turut memudahkan pengguna yang menggunakan fungsi gesture membuat pertukaran aplikasi, dengan pemilihan aplikasi secara pantas.

Pembaharuan Pada Paparan Quick Settings

Paparan Quick Settings kini telah membawa perubahan baru sejak Xiaomi mengekalkan antaramuka yang sama dari MIUI 7. Ia kini kelihatan lebih moden, dengan tampilan antaramuka berasaskan warna putih. Paparan notifikasi juga telah diberi pembaharuan, yang kini kelihatan lebih teratur seperti yang dilihat pada iterasi Android terkini, Android 9.0 Pie.

Antaramuka Pelarasan Suara Menyerupai Android Pie

Apabila anda membuat kawalan suara pada MIUI 10, anda akan dapati paparannya kini hampir menyerupai kawalan suara pada Android 9.0 Pie. Paparannya juga diselarikan dengan antaramuka moden, melalui tampilan berwarna putih dan biru. Dari fungsi ini, anda juga boleh mengawal tetapan suara yang berbeza, seperti bunyi nada dering, media, dan bunyi penggera.

Kemaskini Antaramuka Pada Aplikasi Tersedia

Aplikasi tersedia seperti Weather kini tampil dengan antaramuka moden, yang kini lebih ringkas dan jelas untuk memaparkan informasi berkaitan suhu dan cuaca. Selain aplikasi weather, aplikasi Clock kini hadir dalam antaramuka gelap, selain aplikasi Calculator kini menawarkan perubahan font dan warna baru.

AI Portrait

Berita baik untuk pengguna peranti Xiaomi dengan sistem satu kamera, MIUI 10 kini membolehkan anda melakukan Portrait Mode pada aplikasi kamera. Ia dijayakan melalui kecerdasan buatan (AI), yang mana kesan kabur pada belakang subjek dilakukan melalui perisian.

Bunyi Notifikasi & Nada Dering Baru

Nada dering pada MIUI 10 kini telah membawakan tema baru yang kini menawarkan bunyi ke arah semula jadi. Sekiranya anda sudah memasang MIUI 10, bunyinya kedengaran lebih moden, selain memberi bunyi yang lebih segar berbanding iterasi yang sebelumnya.

AI Preload – Pembukaan Aplikasi Lebih Pantas

Salah satu pengoptimasian yang dititikberatkan pada MIUI 10 adalah sokongan pembukaan aplikasi yang lebih pantas. Apabila anda menggunakan MIUI, pembukaan aplikasi kini dapat dibuka dengan lebih pantas, melalui penyimpanan memori aplikasi secara pintar. MIUI 10 juga turut mempunyai sistem pengurusan aplikasi yang lebih baik, yang mana membantu untuk memberi kelancaran yang konsisten ketika menggunakan aplikasi dan permainan.


MIUI 10 telah ditawarkan secara berperingkat bermula hari ini, yang mana ditawarkan pada peranti terkini Xiaomi selepas keluaran 2015 dan ke atas. Bagi anda menggunakan peranti Xiaomi, anda boleh menyemaknya melalui halaman rasmi Xiaomi untuk senarai peranti yang menyokong MIUI 10.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apa Yang Menarik Pada MIUI 10?

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×