Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Fitbit Charge 3 Akan Ditawarkan Bermula November Di Malaysia Pada Harga RM758

Fitbit telah memperkenalkan Fitbit Charge 3 secara rasminya lewat malam semalam. Hari ini, mereka turut mengumumkan yang mana jam tangan pintar berkenaan akan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan November 2018 kelak pada harga RM758.

Fitbit Charge 3 merupakan penaik-tarafan untuk Charge 2 sebelum ini, dimana ia hadir dengan sokongan skrin sentuh, penawaran bateri sehingga 7 hari lamanya, dan turut membolehkan pengguna menggunakannya dalam memantau data ketika berenang.

Fitbit Charge 3 juga turut boleh digunakan untuk melihat pelbagai notifikasi daripada telefon pintar dengan mudah terus padanya.

Bagi anda yang berminat dengan gelang tangan pintar ini, boleh menantikannya memasuki pasaran tempatan sekitar November kelak. Edisi khas yang menyertakan sokongan NFC turut dijangka ditawarkan di Malaysia pada harga RM868.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Fitbit Charge 3 Akan Ditawarkan Bermula November Di Malaysia Pada Harga RM758

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×