Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Amerika Syarikat Dilaporkan Bersetuju Menarik Halangan Eksport Kepada ZTE

Halangan mengeksport perkakasan dan perisian keluaran Amerika Syarikat selama tujuh tahun kepada ZTE dikuatkuasakan pada bulan April yang lalu selepas syarikat China ini didapati bersalah menjual peralatan kepada Iran. Ia mendatangkan impak yang besar kepada syarikat telekomunikasi ini. Terkini Reuters melaporkan Amerika Syarikat bersetuju untuk menarik halangan pengeksportan ini dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

ZTE bakal membayar nilai denda yang besar yang masih belum ditetapkan, perlu mengubah struktur pengurusan syarikat dan meletakkan pegawai penguatkuasa Amerika Syarikat bagi memantau urusan jual beli mereka. Ini akan menyelamatkan ZTE yang terpaksa menutup bahagian telekomunikasi mereka secara mengejut dua minggu yang lalu. Bagi pengguna ini berita baik kerana mungkin peranti konsep dengan dwi-takuk pada skrin akan akhirnya akan menjadi realiti.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Amerika Syarikat Dilaporkan Bersetuju Menarik Halangan Eksport Kepada ZTE

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×