Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengeluaran Leica M7 Telah Dihentikan Secara Rasmi

Leica M7 ialah Kamera yang mempunyai rekaan ikonik dan mudah dikenali. Bagi golongan Millennials, kamera ini mungkin pernah dilihat di dalam filem Europtrip dan menjadi prop penting jalan cerita. Antara sebab ia terkenal adalah kerana kemampuan mengambil gambar yang baik serta harga yang tidak mampu milik. Kepada mereka yang mendambakan M7, anda perlu membelinya dengan pantas.

Ini adalah kerana pihak Leica telah menghentikan pengeluaran kamera ini. Antara sebab ini dilakukan adalah kerana jumlah pengguna kamera analog semakin berkurangan. Leica sendiri kini menghasilkan kamera digital seperti Leica CL yang dilancarkan penghujung 2017. Masih terdapat stok di pasaran tetapi anda perlu membelinya segera sebelum kesemuanya terjual dan M7 menjadi produk yang dicari-cari pengumpul produk Leica.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pengeluaran Leica M7 Telah Dihentikan Secara Rasmi

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×