Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Spotify Mengemaskini Penawaran Langganan Percuma Dengan Lebih Kawalan Untuk Memainkan Lagu

Spotify hari ini telah mengumumkan kemaskini penawaran perkhidmatan penstriman muzik percuma mereka, sekaligus menawarkan lebih ciri-ciri menarik kepada Pengguna Pelan Percuma Spotify.

Melalui Kemaskini Baru Ini, Spotify kini memberikan lebih akses kepada pengguna pelan percuma, dan memberi mereka kebebasan memainkan lagu kegemaran mereka.

Sebelum ini, pengguna pelan percuma dihadkan untuk mendengar lagu dalam bentuk shuffle – yang mana boleh dikatakan sedikit mengehadkan pengguna, dan membuatkan pengguna beralih ke pelan berbayar. Tetapi dengan kemaskini baru ini, Spotify memberikan lebih akses kepada pengguna pelan percuma, termasuk kebolehan mendengar lagu secara on-demand daripada 15 senarai lagu yang disediakan oleh Spotify.

Spotify juga dikatakan menggunakan pembelajaran mesin dalam mengetengahkan lagu kepada seseorang pengguna.

Disamping itu, kini Spotify menyertakan mod penjimatan data yang menjimatkan penggunaan data sehingga 75%. Dengan langkah ini, Spotify menyasarkan lebih ramai menggunakan perkhidmata penstriman muzik mereka berbanding pesaing yang lain.

Kemaskini baru ini diperkenalkan secara berperingkat oleh Spotify bermula daripada hari ini untuk pengguna pelan percuma.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Spotify Mengemaskini Penawaran Langganan Percuma Dengan Lebih Kawalan Untuk Memainkan Lagu

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×