Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

ARM Mengumumkan Sokongan Kad-SIM Yang Diintegrasikan Terus Ke Cip Pemprosesan

ARM merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada rekabentuk Cip Pemprosesan, dan rekabentuk keluaran mereka digunakan secara meluas pada peranti mudah-alih dan peranti pintar hari ini.

Kini, bergerak kehadapan, ARM turut mengumumkan sebuah teknologi baru yang dinamakan sebagai iSIM. Melaluinya, sokongan SIM dan data berkaitan dengannya Diintegrasikan Terus ke cip pemprosesan, sekaligus membolehkan penghasilan peranti dengan rekaan yang lebih kompak – dan pada masa yang sama mengurangkan kos dan sebagainya.

Untuk makluman, sebelum ini terdapat beberapa peranti yang menggunakan sokongan eSIM. Berbeza dengan iSIM, untuk eSIM ia menggunakan sokongan cip berasingan, sementara iSIM pula diintegrasikan terus pada cip pemprosesan utama peranti.

ARM dilihat lebih menyasarkan teknologi iSIM ini untuk digunakan pada peranti-berhubung (IoT), tetapi tidak mustahil untuk kita melihatnya hadir ke telefon pintar dan sebagainya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

ARM Mengumumkan Sokongan Kad-SIM Yang Diintegrasikan Terus Ke Cip Pemprosesan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×