Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Messenger Kini Memudahkan Lagi Proses Untuk Membuat Panggilan Berkumpulan

Facebook sedia menawarkan sokongan Panggilan video berkumpulan sebelum ini, tetapi proses untuk melakukannya sedikit sukar. Sebelum ini, sekiranya anda ingin mengubah panggilan individu kepada panggilan berkumpulan, anda perlu menamatkan panggilan, membuat perbualan berkumpulan pada Messenger, dan memulakan panggilan melaluinya.

Kini, Facebook memudahkan proses berkenaan pada Messenger. Bermula Hari Ini, Facebook menambah sebuah ikon baru Ketika Membuat Panggilan video, iaitu ikon “Add Person”.

Ketika membuat panggilan perseorangan, kini anda boleh tap pada ikon berkenaan, dan menambah rakan atau ahli keluarga baru untuk turut menyertai panggilan video berkenaan.

Ciri baru ini ditawarkan bermula hari ini untuk semua pengguna Android dan iOS seluruh dunia untuk panggilan video dan juga panggilan suara.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Messenger Kini Memudahkan Lagi Proses Untuk Membuat Panggilan Berkumpulan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×